, , , ,

Azam 2011- Kelab Silat Seni Gayong

Saturday, January 08, 2011 Leave a Comment

Jangan lupa klik SHARE

Alhamdullilah, setiap tahun azam KSSG tercapai dengan baik walaupun ada yang tidak mencapai target. Atas azam dan usaha berterusan dan kerjasama baik daripada semua pihak, kini KSSG boleh dibangga sebagai kelab silat seni Gayong yang paling prestij melalui webnya di www.kssgayong.com yang turut membantu promosi Seni Gayong seluruh dunia dan menengahkan lagi aktiviti Gayong di Malaysia. Dengan capaian yang memberansangkan, sumbangan positif boleh dirasai kepada semua pertubuhan Seni Gayong.

Begitu juga dengan isu gelanggang dan pusat latihan yang semakin dibesarkan. Malah menjadikan diri sebaik pentadbiran seni beladiri baju putih. Kami berjaya membuktikan bukan kita tidak boleh buat sebagaimana mereka tetapi "kita banyak sembang daripada bekerja". Secara peribadi, KSSG menyeru kepada rakan-rakan kita yang masih umur muda, berbengkung tinggi dan bersandang berlipat-lipat agar memberikan sedikit komitmen kepada Gayong melalui gelanggang dalam usaha mengembangkan ilmu dan tradisi disiplin Islam melalui Gayong dan kurangkan setakat bersembang dan menjaja pengaruh, kerana kami yakin semuanya akan hilang kecuali kebajikan ilmu menjadi sandaran.

Sokongan para penjaga menjadi semakin kuat pada 2010 setelah pelbagai aktiviti dapat dilihat matlamat dan halatujunya. Penerapan islam dalam modul menjadi tarikan kepada para penjaga. 

Oleh kerana pada tahun-tahun sudah semua azam telah dipenuhi, maka tahun ini KSSG akan  menumpukan kepada satu azam sahaja iaitu:

KSSG berazam untuk melahirkan beberapa gurulatih Silat Seni Gayong yang bukan ditahapkan kepada ilmu kepada disiplin dan semangat dalam melahirkan serta membina generasi Islam yang baik melalui gelanggang silat Seni Gayong
Dalam azam berkenaan, KSSG telah membuat beberapa perubahan besar yang mungkin akan memberikan kesan negatif terutama kepada gelanggang-gelanggang beliau. Tetapi dalam masa yang samadiharapkan dapat memberikan perubahan yang baik ke realisasikan azam berkenaan. Antara tindakan yang telah dibuat setakat 07.01.2011;

  • Cikgu Shams akan melepaskan beberapa gelanggang dibawah seliaannya kepada gurulatih pelapis melalui Mentor-Mentee. Gelanggang Kota Damansara telah dilepaskan kepada Ng Eng Kuan (tak salah eja, memang berbangsa cina sebab melayu tidak yakin dengan disiplin Islam melalui silat). Beberapa gelanggang lain telah dilepaskan kepada Cikgu Along terdahulu.
  • Beberapa gelanggang yang tidak berprospek akan digabungkan dengan gelanggang terdekat sekiranya ada. Jika tidak akan diteruskan.
  • Beberapa gelanggang baru yang dibuka atas permintaan hanya akan diteruskan jika ada pelatih sanggup turun sebagai pelatih dan Cikgu Shams berhenti membuka gelanggang baru pada 2011.
  • Semua pelatih dewasa hanya dibenarkan membuat latihan pusat di Pusat Bandar Puchong atau tempat yang bakal ditentukan kelak bagi menjadikan latihan berpusat untuk cara latihan dan terapan kegurulatihan.
  • Bengkung Hijau Cula hanya untuk pembantu gurulatih dan Merah Kosong hanya untuk yang ada gelanggang sahaja.
Penerangan dan butiran aktiviti dalam melaksanakan azam 2011 akan dikemaskinikan secara berperingkat. Terima kasih atas sokongan semua di tahun 2010. Semoga perkembangan Seni Gayong lebih positif di tahun 2011.


0 comments »

Leave your response!