Kegurulatihan: Bagaimana Mengingati & Berlatih Kesemua Silibus Yang Banyak?

Wednesday, March 30, 2011 Leave a Comment

Kunci Mati 8 Oleh Adik Sazwan Suboh

Akan ada yang bertanya kamu; "berapa banyak buah nak ingat sebelum pegang merah (gurulatih)?". Saya sering kata, banyak tu tidak tetapi lebih 120 jenis tidak termasuk mainan senjata.

Senjata berapa banyak lagi buahnya.
Senjata tidak termasuk gerakan pun mungkin ratusan juga sebab daripada merah sehingga hitam ada beberapa peringkat dan senjata silibus.
Apa maksud cikgu dengan silibus.
Silibus tu pelajaran yang ditetapkan untuk diajarkan mengikut bengkung manakala banyak yang tidak disilibuskan tetapi diturunkan kepada yang terpilih seperti gurulatih atau melalui kursus sahaja.
Kalau begitu banyak, bagaimana nak ingat?

Kalau mendengar pada ayat jawapan ada ramai yang akan tarik diri belajar Seni Gayong, tetapi itu lah kelebihannya dalam menjalani silibus yang tidak pernah habis.

Saya ingat bagaimana menjadi gurulatih ini akan menjaga rezeki, mengangkat martabat dan rasa hormat masyarakat serta pahala dalam membimbing anak seagama. Itu pesan guru. Dalam masa yang sama, mengajar ini juga memberikan peluang kepada gurulatih untuk belajar tanpa henti melalui kesilapan dan pengalaman.

Dengan menjadi gurulatih, kita berpeluang juga untuk mengingati kesemua ilmu yang pernah kita pelajari dan simpan serta memperkemaskan ilmu berkenaan. Dalam masa yang sama, pengalaman menjadi gurulatih mengajar kita apa itu sebenarnya disiplin Seni Gayong. Kesemuanya memerlukan masa dan kesabaran.

Maka luangkan masa dengan menjadi tulang belakang yang mengembangkan Seni Gayong, lihatlah pandangan anda melalui pengalaman dalam masa 10-20 tahun. Sudah tentu berbeza dengan masa ini.

Latihan sabtu lalu ada ditanya mengenai lapis kepada kunci mati Seni Gayong. Kata Cikgu Awang Daud paling kurang setiap gurulatih diajarkan 7 cara membuka kuncian Seni Gayong tetapi tidak semua mendapat pelajaran yang tidak disilibuskan ini. Pakngah Izahar mengatakan perkara yang sama. Pakndak Majid juga sedemikian.

Mungkin rezeki saya sebagai pembantu gurulatih dan selalu menjadi beg tubi mereka suatu ketika dahulu membuat saya mendapat peluang untuk itu semua. Malah kekadang ada menegur jauh bila tersenbam oleh gurutua bagi mendapatkannya. 

Walaupun lama sungguh tidak menyentuh mahupun mengajar suatu perkara seperti lapis kunci mati sabtu lalu tetapi saya yakin dengan pengalaman yang ada, ilmu akan mudah diingati selagi kita mengajar. Terima kasih kepada semua ahli Seni Gayong kerana adanya peluang saya mengembangkan Seni Gayong walaupun sekadar peringkat bawahan.

Ada yang mahu lapis kunci 12?


0 comments »

Leave your response!