Showing posts with label Kegurulatihan. Show all posts
Showing posts with label Kegurulatihan. Show all posts
,

18.01.2026 Allahyarham cikgu Kahar bin Hj Redza

Wednesday, May 20, 2026 0 comments

 


Assalamualaikum wbt.

Innalilahi wa inna ilaihirojiun..
Sebutir lagi permata gayong hilang..
Khabar dukacita, cikgu Kahar bin Hj Redza telah pergi menghadap Ilahi pagi tadi. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Mustakim, Taman Nirwana,Ampang utk diuruskan (mandi/kafan/solat). Dijangka dikebumikan sebelum Zohor.
Bersama-sama kita sedekah bacaan Al-Fatihah khusus utk cikgu Kahar bin Hj Redza dan seluruh mukminin mukminat
Read the full story

, ,

TINGKATAN BENGKUNG SENDI HARIMAU MALAYSIA.

 


TINGKATAN BENGKUNG SENDI HARIMAU MALAYSIA.

Bupan Januari ada ujian bengkung, mak ayah tanya "Boleh tahu susunan bengkung silat yg akan diuji dalam SH?"
Bengkung Kanak-Kanak
Khusus untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang baru belajar tumbukan dan tendangan. Pembelajaran asas masih dalam pertimbangan.
1. Bengkung Biru
2. Bengkung Coklat
3. Bengkung Jingga
4. Bengkung Ungu
Pemilihan dan penetapan diberikan budibicara kepada gurulatih gelanggang sepenuhnya.
Bengkung Am latihan
Terdapat tingkatan seperti berikut:
1. Bengkung Putih Kosong
2. Bengkung Putih Tinggi/Cula
3. Bengkung Hijau Kosong
4. Bengkung Hijau Tinggi / Cula
5. Bengkung Merah Kosong
6. Bengkung Merah Cula
Akan bermula daripada cula 1 sehingga 7 selama 7 tahun. Pelajaran tidak terhenti tetapi pemegang bengkung merah wajib bergelanggang dan cula ikut tahun mengajar selepas dianugerahkan bengkung merah.
Bengkung Alternatif
Pesilat dibenarkan mengambil ujian bagi Bengkung Am Latihan dengan ambilkira disiplin, pencapaian dan kehadiran kelas. Tetapi bagi yang tidak menepati syarat silibus dan rekomendasi ujian, terdapat alternatif bengkung diantara bengkung kosong dan bengkung tinggi iaitu:
CONTOH
1. Bengkung Putih Pelangi Hijau
2. Bengkung Putih Pelangi Merah
3. Bengkung Putih Pelangi Kuning
4. Bengkung Putih Pelangi Hitam
Bengkung Khas
Khusus untuk anugerah bengkung-
1.Bengkung Kuning 1-5
Telah pegang bengkung merah minima 7 tahun.
Telah mengajar minima 10 tahun
Masih mengajar bergelanggang
Silibus setakat lembing
Telah khatam Qul dan amalkan amalan peringkat 2.
Satu cula setiap tahun selama 5 tahun. Cula terhenti dengan terhenti gelanggang.
2. Bengkung Hitam 1-11
Telah penuhi syarat bengkung kuning 5
Mengajar minima 20 tahun
Masih mengajar bergelanggang
Berumur 40 tahun ke atas.
Tiada masalah berbangkit.
Satu cula setiap 7 tahun. Cula terhenti dengan henti bergelanggang
Read the full story

, , , ,

APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Saturday, July 16, 2022 0 comments

 


APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Sandang yang ada dan diwujudkan di dalam Sendi Harimau Malaysia hanya satu sandang sahaja iaitu Sandang Bintang Cula yang sebagaimana gambar tersebut. Lantainya hitam dan dua jalurnya perak.
Kelayakan sandang ini hanya dua syarat. Pertama; khatam Qul sekurangnya sekali khatam. Kedua; mempunyai gelanggang silat. Syarat bergelanggang dan mengajar gelanggang ini hanya terhad kepada gurulatih bawah bengkung hitam cula II dan umur 55 tahun ke bawah, yang mana-mana lebih awal.
Sandang Bintang Cula ini boleh dipakaikan sendiri atau dipakaikan oleh Pertubuhan. Sekiranya pada tahun berkenaan, pemakai sandang tidak mengajar bergelanggang, maka beliau tidak boleh memakai sandang Bintang Cula walaupun sandang berkenaan tidak dilucutkan.
Sandang Bintang Cula adalah sandang asal yang diwujudkan oleh Seni Gayong semasa zaman awal Gayong sehingga dinaiktaraf oleh ADMAR kemudiannya. Dua (2) syarat pemakaiannya masih di gunakan oleh Allahyarham Meor Aziz sehingga akhir hayatnya.
"Hanya Sandang Bintang Cula sandang yang diwujudkan dan diiktiraf dalam Seni Gayong awalnya dan digunakan oleh Meor Aziz dan Meor Rahman (pada awal pembukaan) tetapi pembaharuan yang dibuat oleh ADMAR juga suatu yang baik kepada Seni Gayong" - Pakngah Ali, Murid kanan Allahyarham Meor Aziz
Read the full story

, , ,

APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

 


APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

Antara syarat yang dinyatakan di dalam post mengenai saya tempohari tentang bengkung hitam. Antara lain ialah:
1) Bergayong melebihi 20 tahun
2) Telah menjadi Gurulatih melebihi 15 tahun
3) Bersandang bintang cula.
4) Berumur 40 tahun ke atas
5) Khatam Qul melebihi 3 kali
6) Aktif mengajar, sumbangan penulisan dan pengurusan dalam aktiviti/organisasi Gayong atau Sendi Harimau Malaysia;
Sebenarnya kami menetapkan tingginya silibus dan pemahaman yang diperlukan bagi bengkung kuning dan hitam. Maka kedua bengkung/peringkat ini ditetapkan bagi anugerah sahaja dengan ciri-ciri khusus.
Permulaan bengkung hitam ialah cula I pada seawal calon berumur 40 tahun 1 hari. Kenaikan secara terus setiap 7 tahun akan dibuat sebagaimana berikut:
  • Bengkung hitam cula II - Umur 47 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula III - Umur 54 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula IV - Umur 61 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula V - Umur 68 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula VI - Umur 75 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
Wallahuallam.
Read the full story

, , , ,

CALON BENGKUNG HITAM CULA 1/2021

 


CALON BENGKUNG HITAM CULA 1/2021

MOHD HISHAM NAZIR

BENGKUNG HITAM SENDI HARIMAU CULA I (1/2021)

Kata Pembukaan
“Sepanjang berGayong, silat ini tidak pernah jaga saya sebaliknya saya sedaya upaya jaga Gayong. Banyak telah habiskan masa, wang dan kudrat dalam berGayong. Dengan harapan dan doa agar ia mampu memberikan impak baik kepada masyarakat Muslim kita sudut dakwah, sahsiah, kesihatan, ekonomi dan lain-lain. Selebihnya menjadi saham akhirat saya. Tekadkan niat pengorbanan dalam berGayong adalah kerana Allah dan bukan mengharapkan apa-apa sandang, bengkung, pangkat, nama, harta dan kelebihan. Nyatakan pengorbanan dan komitmen kita melalui tindakan bergelanggang sebagai pelajar dan pengajar serta bukan mengejar material semata-mata”
Memenuhi syarat kelayakan Bengkung Hitam Sendi Harimau Malaysia
Calon adalah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia (SH Malaysia) bagi anugerah bengkung hitam bercula satu sebagaimana berikut:

1) Bergayong melebihi 20 tahun (Telah berGayong selama 33 tahun)
2) Telah menjadi Gurulatih melebihi 15 tahun (Telah mengajar 27 tahun)
3) Bersandang bintang cula.
4) Berumur 40 tahun ke atas (Telah berumur 43 tahun)
5) Khatam Qul melebihi 3 kali (Telah khatam Qul melebihi syarat asas)
6) Aktif mengajar, sumbangan penulisan dan pengurusan dalam aktiviti/organisasi Gayong atau Sendi Harimau Malaysia;
Latar belakang am
Calon dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat Pendidikan rendah di SK Kedai Buloh dan menengah pula di SMU(A) Tarbiah Mardziah (dalam masa yang sama di Pondok Tok Ayah Kedah) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Matrikulasi, Sarjana Muda Kepujian dan Sarjana dalam bindang Undang-Undang. Didaftaraikan oleh Mahkamah Tinggi sebagai peguambela dan peguamcara semenjak 2004. Menyambung pendidikan peringkat Diploma Lanjutan Syariah dan Perundangan di Univerisiti Teknologi MARA dan telah didaftaraikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah sebagai peguam syarie kemudiannya. Kini berkhidmat di pejabat guaman Hisham Nazir & Co yang berpejabat di Selangor dan Kedah. Juga menjadi felo undang-undang di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), speaker di media massa dan IPTA.
Latar belakang Seni Gayong
Didedahkan peringkat awal dengan silat tari/cantik/pulut dengan silat tongkat selain Tomoi dan Muay di Kota Bharu. Selain itu didedahkan perubatan melayu dan Islam. Juga mempelajari beberapa silat lain semasa di Selangor, Kuala Lumpur dan di Kelantan.

Mendapat pendedahan awal zaman kanak-kanak mengenai Seni Gayong melalui Gayong Malaysia di Kota Bharu pada awal 1988. Hanya terlibat secara rasmi pada tahun 1993 apabila diperlimaukan Tapak oleh Cikgu Awang bin Daud pada tahun yang sama di Kemumin.
Aktif sebagai pelatih dan tenaga pengajar Seni Gayong bagi lebih 15 gelanggang di Kelantan (lebih 18 gelanggang di Kota Bharu sekitar tahun 1994-1997) dan 23 gelanggang di Selangor (Pusaka Gayong Selangor dan KSSG).

Bermula sebagai pembantu gurulatih sejak tahun 1994 dan mengajar gelanggang penuh pada 1995 (turut membantu mengajar) bagi kebanyakan gelanggang Pusaka Gayong di Kawasan Kota Bharu (12 gelanggang). Aktif sebagai Bendahari, Penolong Setiausaha dan Setiausaha Pusaka Gayong di Panchor dan PSSPGM Bahagian Kota Bharu.
Calon juga adalah selaku bekas Pengerusi Pusaka Gayong Kuala Lumpur, Pengerusi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya (KSSG), Pengerusi Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia, Pengerusi Naga Bora Fight & Fit dan beberapa yang lain dan beberapa penasihat /penyelia kepada kelab silat di Selangor dan Kelantan.
Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia yang berasas daripada tahun 1975 telah didaftarkan semula oleh Calon di Selangor pada tahun 2014 bagi menyelesaikan permasalahan di Kuala Lumpur semenjak 1980-1983 dan menjalankan amanah dalam penerimaan amanah persatuan asal. Calon telah meneruskan amanah yang diterima ke atas persatuan baru dan menjenamakan persatuan tersebut kepada penambahan Sendi Harimau Malaysia pada Disember 2014 dan aktif sehingga kini walaupun terpaksa dengan kehilangan dan melepaskan kesemua kepentingan yang ada dan meneruskan usaha silat ini daripada mula.
Kini aktif di bawah gelanggang seliaan di Bandar Saujana Putra di Selangor dan di Pendang serta Changlun di Kedah. Selain itu menyelia terus gelanggang gurulatih di Kelantan dan Selangor. Selain Sendi Harimau Malaysia, Calon adalah pemegang bengkung hitam cula 4 Seni Gayong.
Read the full story

, ,

MATLAMAT 2022/23

Thursday, July 14, 2022 0 comments

 


InsyaAllah matlamat kami di tahun 2022/23 adalah sebagaimana berikut:

1. Menggunakan sepenuhnya tempat/pusat latihan kekal sebelum 2024 sebagai pusat aktiviti Sendi Harimau Malaysia. 

  • Wisma Sendi Harimau, Seri Cheeding
  • Laman Sendi Harimau, Pendang
  • Laman Sendi Harimau II, Baroh Ajing
  • Laman Sendi Harimau III, Changloon
  • Laman Sendi Harimau IV, Paya Rawa
  • Laman Sendi Harimau V, Begia
2. Melahirkan dan mendidik seminima 5 orang gurulatih baru yang mampu memberikan komitmen kepada gelanggang tradisi dan boleh mengajar silibus fizikal dan amalan secara tradisi;

3. Meaktifkan sekurangnya 3 gelanggang awam baru bagi negeri Kedah, Kelantan, Perak dan Selangor;

4. Memenuhi kesemua jemputan wawancara bagi promosi Sendi Harimau dalam apa jua media tempatan dan antarabangsa;

5. Melancarkan video silibus dan penyeragaman melalui media internet dan kursus kegurulatihan;

6. Perbanyakan muatnaik video teknik dan pembelajaran ke internet;

7. Persediaan awal bagi SH Plan 2026 Negeri Kedah dan Kelantan.


Read the full story

,

SANDANG UTAMA SENDI HARIMAU MALAYSIA


Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia tidak mempunyai apa-apa sandang kebesaran menyatakan pangkat dan peringkat pemegangnya kecuali satu sandang iaitu sandang asal Seni Gayong, Sandang Bintang Cula yang telah digunakan oleh Moyang Arwah Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman.

Sandang ini mula diberikan oleh Arwah Abdul Meor Aziz kepada muridnya di Pulau Pinang dan kemudian oleh Arwah Meor Abdul Rahman sebelum ADMAR memperkenalkan sandang yang lebih menyeluruh dengan mengikuti sistem sandang kerajaan negeri Perak.

Sandang ini diberikan kepada ahli yang memenuhi syarat asal Seni Gayong iaitu (1) Bergayong (2) Khatam Qul 100,000x

Read the full story

, , , ,

SEKITAR KURSUS KEGURULATIHAN SENDI HARIMAU 9/2020

Sunday, September 27, 2020 0 comments

 


Gambar sekitar kursus. 13 orang penyertaan. Ada video dirakam utk tujuan rujukan kemudian hari.
Kursus seterusnya adalah pada November 2020 di Selangor, Disember 2020 di Manjung dan Kota Bharu.
Oktober 2020 akan diadakan kursus urut dan bekam sahaja.
Sehingga jumpa lagi.





















Read the full story

, , , , ,

KURSUS KEGURULATIHAN SENDI HARIMAU 9/2020

Saturday, September 26, 2020 0 comments

Sessi latihan kedua silibus Tapak Gayong
Tangkapan 1-11
Kombat 1-11
Bicara Santai - "kenapa perlu jadi gurulatih"
Sessi latihan ketiga silibus Tapak Gayong /senjata
Tangkapan pisau 1-7
Kombat pisau 1-7
Tangkapan 1-16
Kombat 1-16
Bicara Santai - "Amalan Kebatinan"
Read the full story

, , , , , , ,

GROUP WHATSAPP KURSUS KEGURULATIHAN SH 2020

Sunday, September 06, 2020 0 comments


Kepada sesiapa yg berminat untuk jadi pembantu gurulatih / gurulatih Sendi Harimau Malaysia boleh sertai kursus kami.
sila join group kami dan makluman dan soal jawab akan dibuat di dalam berkenaan.
Untuk yg berminat bagi tahun 2020, sila join group ini - https://chat.whatsapp.com/Hi79VeHPYapIgjEuD2lNF2
Kursus terdekat 26 sept 2020

 

Read the full story

, , , , , ,

PELUANG MENJADI GURULATIH SENDI HARIMAU MALAYSIA

Monday, August 24, 2020 0 comments


 Peluang belajar sambil mengajar

Peluang mengajar sambil mendidik anak bangsa
Peluang mengajar sambil menjana pendapatan
Peluang luas dalam mempelajari ilmu ketamadun Melayu.
Peluang membuat kebajikan sambil mengajar
Kursus hanya sehari semalam.
Yuran RM200.00 (dibekalkan uniform berlambang, sijil dan tauliah, makan dan minum, manual mengajar)
Bagi Pembantu Gurulatih, kursus sama dikenakan tetapi bayaran uniform tidak dikenakan.
Read the full story

, , , ,

BELAJAR DAN MENGAJAR

Tuesday, August 11, 2020 0 comments

Arwah Dato Meor Abdul Rahman, abangnya, Meor Abdul Aziz. Begitu juga ayah dan datuk-datuknya banyak berjasa kepada tanah air melalui persilatan dan kependekaran.
Ilmu perang ini buka sekadar ilmu perang. Tetapi ilmu yang meningkatkan sahsiah, kepimpinan, kredibiliti individu dan bangsa Melayu Muslim.
Tidak salah menjadikan mereka idola dan ikon pendekar dan semangat mereka tetapi kalau hanya sekadar semangat dan ikon tetapi tidak belajar dan mengajar, maka simpanlah sembang-sembang. Tiada sumbangan anda nak dibanggakan.
Mudah faham?

 

Read the full story

, , , , ,

SENDI HARIMAU KELANTAN - PELUANG GURULATIH DIBUKA

Sunday, August 02, 2020 0 comments

Tadi turun meeting
Sembang panjang
Kebaikan bersama melayu muslim
Sekadar nak tanya -
"Sendi Harimau Kelantan sedia sahut cabaran?"
Kepada sekolah, organisasi atau taman/kampung yang nak buka gelanggang silat utk sahsiah anak muda generasi baru, sila mesej atau whatsapp kami www.wasap.my/60139307961
InsyaAllah kita set utk Sendi Harimau Perak pula lepas ni. @ Laman Sendi Harimau






 

Read the full story

, ,

FORUM ONLINE / LIVE TENTANG KEGURULATIHAN

Friday, July 03, 2020 0 comments



Kami berminat untuk buat satu forum ringkas secara online / live selepas atau sebelum latihan dewasa setiap sabtu pertama setiap bulan bermula ogos
Kami berminat untuk buat satu forum ringkas secara online / live selepas atau sebelum latihan dewasa setiap sabtu pertama setiap bulan bermula ogos
Kami mohon cadangan nama gurulatih silat yang boleh kami jemput sebagai panel untuk sumbangan idea dalam forum tersebut. Pihak kami telah ada 4 gurulatih yang boleh terlibat dalam perancangan ini. Bagaimana dengan pertubuhan lain?
Cadangkan tajuk kegurulatihan yang patut kami bincangkan bagi berkongsi idea dna input dalam meningkatkan prestasi mutu dan nama baik dalam pengajaran silat.
Berminat untuk sertai kami, whatsapp - www.wasap.my/60109647931
Nota: Gambar sekitar temubual dengan RTM2
Read the full story

, ,

ANAK GAYONG SENDI HARIMAU PERAK JUARA QARI PERAK

Thursday, June 18, 2020 0 comments

KLIK UNTUK VIDEO

Tahniah @Azhad Asfa yang dinobatkan tempat ketiga pertandingan Qari online Negeri Perak. Beliau merupakan pelapis Pembantu Gurulatih Sendi Harimau Negeri Perak.

Tahniah!
Read the full story

,

MAKLUMAN

Sunday, May 24, 2020 0 comments


Cikgu Abd Aziz Othman daripada PSSGMK (baju kuning sebelah Cikgu Sham) telah meninggalkan kita pada hari ini, 1 Syawal. Semoga arwah diampuni Allah SWT ditempatkan di kalangan orang soleh. InsyaAllah.
Sama-sama kita ambil peluang untuk solat jenazah ghaib selaku antara hak arwah ke atas kita. Ingatlah bahawa mati itu pasti dan menjadi tazkirah buat yang hidup.
Nota: Gambar lawatan Kembara KSSG atas permintaan khusus Arwah Cikgu Aziz Othman mengenai beberapa isu Gayong pada tahun 2012.
Read the full story

,

MAKLUMAN

Saturday, May 23, 2020 0 comments


Cikgu/Ayah Mad anak sulong kepada Arwah Cikgu Junid Singapore telah meninggal dunia pagi ini. Beliau yg berbaju putih.
Antara lagenda Gayong yg pernah bertempur lawan 200 org di Singapore.
Salam takziah daripada kami keluarga Sendi Harimau Malaysia. Semoga dosa arwah diampuni Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yg soleh.
InsyaAllah kami ambil kesempatan untuk solat jenazah ghaib. Semoga kematian menjadi tazkirah/peringatan kepada kita semua.
Read the full story

, ,

JANGAN LEKEHKAN PERMAINAN SILAT LAIN

Friday, April 17, 2020 0 comments



Dalam seminggu ini ramai juga share dan mesej kami bertanyakan saya tentang status yang dimuatnaikkan oleh @Jo Mas atau Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio mengenai sikap terdapatnya guru-guru #silat yang merasai sistem yang diciptanya adalah #efektif dengan menolak corak sistem silat tradisi dan permainan serta latihan yang dilihat tidak #praktikal bagi pertarungan.
Kami tidak mahir dan tidak mempunyai sistem #senibeladiri yang baik. Kami hanya anak kecil yang berkongsi pengalaman dan pandangan sahaja. Rata-rata respon yang diberikan kepada isu ini dikonklusikan kepada 2 perkara sahaja. Pertama, Guru itu tidak faham dan mahir dalam latihan tradisi itu. Kedua, Guru itu tidak berlatih pun untuk mahir dalam corak sistem tradisi yang ada.
Kami berpandangan ilmu senibeladiri adalah luas dengan meliputi kaki dan tangan serta gerak badan yang jika dihimpunkan dalam 1000 buah silat juga adalah suatu yang tidak mencukupi. Ini dikatakan luasnya ilmu silat itu sendiri. Luas dan dalamnya digali dan sistem tradisi silat itu sendiri menunjukkan ketamadun Melayu yang amat tinggi dalam satu pemikiran dalam mewujudkan sistem beladiri yang menggunapakai segenap anggota badan.
Sistem ringkas dan mudah tidak menjamin silat itu lebih bagus. Mungkin ramai lupa bahawa silat tidak menekankan pendidikan silat itu sebagai #bertarung. Tetapi pendidikan dalam silat adalah mendidik kepada satu ilmu Perang. Bila ia disebut ilmu perang, maka ia hanya ditimbulkan oleh pesilat bila #perang, menghadapi situasi dengan kaedah perang.
Ke arah sistem sedemikian, bukan masa itu penting tetapi selain mendidik silat sebagai #teori, ilmu silat diterapkan sebagai bahasa badan dan bukan dikepala. Semua latihannya menggunakan kebijaksanaan dengan masa yang dilatih bagi meningkatkan spritualnya kepada persediaan menghadapi kesukaran. Bukan sekadar perang tetapi bagaimana silat dan latihannya mendidikan dan mencorakkan pesilat dalam menjalani kehidupan sehariannya. Dalam kaedah silat, ia diasimilasikan dengan #syariat Islam.
Efektif silat atau sistem tradisi silat bukan boleh diukur kepada menang #tarung satu lawan satu atau melalui pertandingan aatau apa-apa sistem yang memberikan pemarkahan sahaja. Jika itu pandangannya, maka dllihat cetek perpekstifnya terhadap sistem tradisi silat atau apa-apa sistem senibeladiri tradisi lain.
Selain menjadikan pesilat #panglima perang, individu dan warganegara yang hebat, ia memupuk sifat dan sikap Muslim yang sebenar memandangkan silat itu sendiri disebarkan oleh alim ulamak pada masa silam. Jangan meihat sudut kecil keburukan silat dengan membandingkan isu #khurafat dan sebagainya.
Untuk mengatakan satu sistem tidak efektif di #jalanan (street fight) adalah tidak benar selagi ia tidak diuji dengan kadar situasi yang sebenar. Adakah ada yang mahu pertikaikan bahawa tanah ini diperjuangkan dan dimerdekakan oleh tangan-tangan pejuang senibeladiri silat. Adakah silat dan senibeladiri tradisi lain tidak meninggalkan peristiwa mempertahankan diri yang banyak di laporkan akhbar.
Jangan hanya kerana fanatik kepada keputusan pertandingan, maka disimpulkan ia lebih efektif. Jangan terlalu mendabik dada sehingga benar-benar teruji.
PERSEKUTUAN SENI PUSAKA GAYONG PERSILATAN SENDI HARIMAU MALAYSIA [4/2020]
Read the full story