,

Kegurulatih: Anak Gayong Silih Berganti, Gurulatih Tetap Setia Berbakti. Hanya Betulkan Niat Kita.

Friday, April 15, 2011 Leave a Comment


Bertahun-tahun mengajar, Anak Gayong silih berganti dalam gelanggang. Ramai kecundang dalam latihan dan meninggalkan gelanggang walaupun untuk tidak mengajar. Mungkin ramai antara mereka tidak putus silaturrahim dan kekal dalam persahabatan tetapi tiada lagi dalam latihan bergelanggang baik sebagai pelatih mahupun melatih.

Kuantiti yang datang dan pergi bukan pengukur kepada kehebatan dan kehormatan seorang gurulatih tetapi secara peribadi saya diingatkan oleh guru lama yang ukuran terletak kepada hati kita dalam goyah atau tidak meneruskan perjuangan.

Datang dan perginya ahli tidak menjejaskan gelanggang. Hanya gurulatih perlu lebih inovasi dalam membentuk kumpulan latihan dan promosinya. 

Untuk menambahkan ahli, teruskan promosi kerana sekarang bukan lagi sepertimana di mata Melayu suatu ketika dahulu. Silat kini tercungap dihati masyarakat Melayu yang lebih suka berbaju putih. Maka ini masa untuk buktikan semula komitmen dan kesan komited disiplin dalam silat kepada masyarakat Muslim terutama Melayu itu sendiri.

Kepada gurulatih, jangan berkecil hati kerana gelanggang mahupun pelatih meninggalkan gelanggang. Yang baru akan tiba. Generasi penyambung akan tetap ada selagi hati kamu kuat dan berniat baik dalam mendisiplinkan anak se-agama mu di samping keperluan kebajikan yang lain. Baikkan niat kamu, akan dihormati kamu oleh masyarakat.

Sebagai gurulatih, biarpun keahlian gelanggang kamu sentiasa berubah, tetapi matlamat dan kesannya tetap tidak berubah. Hanya satu KERANA ALLAH SWT Selebihnya bertawakkallah. 

Jangan bimbang kerana silaturrahim kamu sentiasa bersambung dan pahala kamu berkembang. Sikap hormatkan kamu akan berterusan.




0 comments »

Leave your response!