, , ,

Sekitar Majlis Tahlil Seni Gayong Oleh KSSG Di Masjid Al Syakirin, Taman Puchong Utama

Thursday, June 30, 2011 Leave a Comment

Cikgu Abu dengan penuh kusyuk. Majlis bermula selepas maghrib dan terima kasih atas semua kehadiran anda.
 Kehadiran hampir 300 orang antara jemputan yang dikeluarkan hanya 60 keping kad jemputan. Terima kasih kepada yang sudi dan meringankan perjalanan silaturrahim anda dengan kami. Ramai gelanggang jemputan kami tidak hadir ke Majlis berkenaan sebaliknya ramai orang lama singgah menegur sapa.

Ini antara gurulatih kanan ADMAR semasa di Taiping. Beliau dan beberapa rakan sezaman beliau telah berhenti silat atas sebab politik silat. Tetapi perjuangan tidak pernah mereka lupakan. Mereka ini semasa diarahkan menjadikan gurulatih oleh ADMAR, Cikgu Sazali baru usia 3-4 tahun. Semasa program terbesar Seni Gayong, beliau diberikan tugas penting oleh ADMAR. Tetapi tugasan Arwah Cikgu Mat Lazim kita semua ingat, dia kita tak ingat.

Ramai juga orang lama hadir malam tu terutama yang tinggal berhampiran tetapi 'menyembunyikan kuku' atas sebab rajuk kerana politik silat dan hala tuju tidak menentu dan masalah kesihatan.

Makanan ditaja sepenuhnya oleh para gurulatih KSSG dan diadakan secara konsep "kenduri & zakat" yang menjadi amalan kenduri KSSG. Semoga Allah SWT jua memurahkan rezeki ahli KSSG kerana telah menjimatkan ribuan RM wang KSSG

Terima kasih juga kepada pimpinan Masjid As Syakirin, Taman Puchong Utama dalam menjayakan majlis ini.

Yang lama dihormati, yang muda akan menyusuri. KSSG bukan hebat itu ini, Tapi KSSG tetap terkini.

Kari kambing cepat habis walaupun persiapan melebihi target. Siapa ambil lebih malam tu?


4 comments »

  • Anonymous said:  

    nampak eh selain cg tu, ramai cikgu2 lain yg singgah rupamnya. klau nak tahu pasai mural ADMAR lukis di dinding gelanggang itu org yg boleh cerita zaman tu. kata ilham tragedi 13 mei ler ADMAR lukis ler

  • SH said:  

    Reserve my comments. Yang tahu biar tahu. Tak tahu dan tak pasti jangan bercerita..

  • Anonymous said:  

    patut cierta pengaalaman cikgu hisham sini. tmasuk program kembara yg dbuat

  • shams said:  

    kita kurang ilmu. Ada cukup nak ajar asas saja. nak cerita apa.

  • Leave your response!