,

Lawatan Khas Guru Lama Ke KSSG & Program TALK Pada 19.01.2011

Monday, January 16, 2012 Leave a Comment


Program tersebut disahkan bahawa lawatan rasmi guru lama bersama gelanggang pusat mereka akan hadir ke Gelanggang Pusat KSSG. Tidak perlu kami hebahkan nama beliau lagi tetapi rasanya semua boleh mengagak siapa yang dimaksudkan.

Ini bukan kali pertama beliau hadir ke KSSG. Cuma kali ini beliau akan hadir secara rasmi bagi mengeratkan hubungan antara 2 gelanggang malah antara PSSGM dan PSSPGM (KSSG).

Sehubungan dengan lawatan rasmi ini, pihak KSSG akan mengambil peluang untuk mengadakan TALK dengan beliau yang berpengalaman puluhan tahun mengajar Silat Seni Gayong di dalam dan di luar Malaysia untuk memberikan inspirasi kepada semua. TALK hanya akan berkisarkan kepada SEJARAH, HALA TUJU GAYONG, PETUA RAHSIA, KEGURULATIHAN sahaja. Semua persoalan akan dibuat secara bertulis dan dijawab terus oleh guru lama mahupun pihak KSSG.

Semua Anak Gayong dijemput hadir dan masuk adalah PERCUMA. Makan dan minum disediakan oleh KSSG sebab Bendahari kata KSSG masih lagi kaya (budi bahasa)

Kepada yang ingin hadir, sila maklumkan kepada kami agar senang kami ketahui dan angaran kehadiran.

0 comments »

Leave your response!