,

Rindu Sungguh Kami Pada "Lelaki Tua" Itu.

Monday, January 16, 2012 Leave a Comment

 Masih ingat pada seorang lelaki tua yang memanjat tangga 3 tingkat untuk ke gelanggang pusat KSSG di Puchong semata-mata untuk memberikan satu kunjungan hormat kepada Anak Gayong muda seperti kita. Mungkin ingatan itu akan tetap di ingatan Anak Gayong KSSG apabila lelaki tua itu terpaksa berhenti beberapa kali dalam melangkah kerana penat dan dimaklumkan oleh anak lelakinya yang beliau baru sahaja lepas menjalani by-pass jantungnya.

Masih ingatkah kita kepada beliau kehadiran beliau yang tidak dijemput mahupun tidak pernah kita kenali. Tetapi kehadirannya hanya sekadar ingin melihat anak-anak muda yang baginya mampu menaikkan nama Seni Gayong. Kata-katanya dan kehadirannya memberikan pelbagai inspirasi kepada kita.

Masih ingat katanya "biar apa pertubuhan pun, Gayong tetap Gayong. Pakat-pakat majukan Gayong"

"Cari dan lawatlah guru lama seramai mungkin. Rahsia hidup mereka membantu kamu memimpin...."

dan banyak lagi.


Kembara lawatan balas asyik tertangguh kepada lelaki tua itu. Tetapi walaupun namanya tidak tersenarai dalam kembara yang akan datang, mungkin kita boleh menyinggah.

0 comments »

Leave your response!