,

Notis Mesyuarat KSSG Pada 05.01.2012 Di Gelanggang Pusat KSSG

Thursday, January 05, 2012 Leave a Comment


Pihak KSSG memohon maaf kepada gurulatih dan pembantu gurulatih KSSG yang mana NOTIS SINGKAT ini diberikan kepada semua ahli dewasa dan kehadiran diwajibkan kepada para gurulatih dan pembantu gurulatih yang bergelanggang di bawah KSSG sekitar Selangor, Putrajaya dan Kelantan.

Malam ini akan diadakan satu mesyuarat penting  bertempat di Bilik Mesyuarat KSSG, Pejabat KSSG, Jalan Bandar 16, Bandar Pusat Puchong, 47100 Puchong Selangor. Masa ialah pada pukul 10.30 malam - 12.00malam.

Agenda adalah: (1) Kembara KSSG (2) Lawatan kepada Guru Lama Seni Gayong (3) Pembentukan Lembaga Adat Wilayah Persekutuan sebagaimana permohonan pihak PSSPGM. (4) Kelayakan Sandang dan Bengkung serta gelaran kepada ahli KSSG.(5) Mandi Minyak Amal Untuk Guru Lama (6) Pertandingan Kumite

Isu ke-4: Cikgu Shams meluluskan mana-mana peringkat bengkung, sandang dan gelaran untuk Cikgu Hazil dan Cikgu Abu kerana melepasi tempoh bergelanggang melebihi 17 dan 19 tahun serta mengajar gelanggang. Manakala Cikgu Shahril dilepaskan dan dibenarkan untuk mana-mana sandang oleh KSSG. Pandangan senior dan gurulatih lain mengenai isu ke-4 akan dimaklumkan pada malam ini. 

Lain-lain isu diputuskan oleh jawatankuasa KSSG.

Kehadiran gurulatih dan pembantu gurulatih diwajibkan. Seperti biasa, KSSG akan menyediakan makan minum.

Semoga Allah permudahkan urusan anda.

0 comments »

Leave your response!