,

"Saya Sahkan Faktanya Mungkin Betul Tentang Saya Sahaja"

Wednesday, January 04, 2012 Leave a Comment


"Siapa Cikgu tu?"

Banyak persoalan mengenai individu yang kami di KSSG terima diajukan sedemikian baik secara peribadi mahupun kepada kumpulan. Untuk menjawabnya, kami katakan bahawa kami bukan senior dalam Seni Gayong untuk melihat yang atas dan bawah anak Gayong. Keduanya, kami bukan berpangkat untuk menilai apa jua kedudukan dan tahap seseorang.

Kami berpendapat bahawa antara menjadi sebab utama dalam perpecahan atau penurunan imej baik Seni Gayong adalah kerana Anak Gayong sendiri. Ramai anak Gayong pandai cakap tak pandai buat. Ramai Anak Gayong suka cakap sehingga ayat makan diri. Ayat disusun bukan main hebat tapi kantoi ciplak sana sini. Ramai pula bercerita mengenai kehebatan ilmu yang diketahui mahupun yang diterima. Ini trend anak Gayong sekarang, pandai sembang.

Persoalan kami berapa ramai yang berusaha untuk meramaikan ahli.
Berapa ramai mengusahakan gelanggang.
Berapa ramai menjaga imej Silat Seni Gayong.
Berapa ramai membuatkan Seni Gayong dihormati.
Persoalan utama - apa kita buat?

Sesama kita menjaga tradisi Seni Gayong pada dasarnya bukan pada sembang sahaja. Bukan pada sandang sahaja. Bukan pada bengkung sahaja. Jangan menyebar cerita agar kita dilihat gah. Jangan buat cerita seolah orang lain rendah. Jangan reka cerita sehingga orang marah. Kerana esok lusa orang akan bertanya sejarah dan jasa kamu. 

Tapi setakat mana mengenai kami, kami YA kan sahaja. Kalau bangkang, ada pembelaannya nanti. Cerita mulut tidak pernah habis. Sejauh mana dagang cerita boleh bawa Seni Gayong bangkit. Dunia bukan sebesar mana.

0 comments »

Leave your response!