Demi Perpaduan - "KSSG Bukan Seni Gayong Baru Mahupun Gabungan Silat-Silat"

Wednesday, February 01, 2012 Leave a Comment

Bersama PakNgah Izahar dan PakLong di satu majlis Seni Gayong di Selangor.
"KSSG tu semua dia gabung antara silat gayong ni."
"KSSG tu silat gayong baru bukan gayong malaysia dan pusaka dah"
"KSSG tu semua dia tibai"
"KSSG takde pendirian"

Macam-macam lagi ada orang kata mengenai KSSG tetapi sayangnya mereka tidak bertanya terus kepada ahli KSSG mahupun pentadbiran KSSG. Secara ringkas, pihak KSSG ingin menjawab tohmahan dan cerita yang sering disalahertikan;

Silibus KSSG
Silibus bermula pada 2005 sehingga kini, dalam KSSG silibus menggunakan silibus Pusaka Gayong yang diterima oleh Cikgu Shams terus daripada asuhan gurulatih-gurulatihnya. Tiada perubahan silibus dibuat kepada apa yang diterima sehingga 1998.

Pentadbiran KSSG
Kami hanya sebuah kelab yang aktif mengembangkan dan cuba dalam membangunkan Silat Seni Gayong bersama rakan-rakan kami yang lain yang mana KSSG masih di bawah Pusaka Gayong.

Program Seni Gayong Lain
Tidak kami nafikan kami terlibat dalam pelbagai program melibatkan Seni Gayong lain secara pertubuhan, kelab, gelanggang dan individu. Ini adalah antara hasil usaha kami dalam perpaduan dan penyatuan Seni Gayong. KSSG bukan orang besar dan berpangkat dalam menyatukan Seni Gayong tetapi kami memulakan langkah pertama dengan turun ke bawah sehingga kepada guru tua bagi memberikan gambaran baik kepada penyatuan Gayong serta perpaduannya. Biarpun tidak bersatu pentadbiran, Alhamdullilah boleh kami katakan kini KSSG banyak dilawati dan disokong oleh kesemua pihak Seni Gayong dalam program sedemikian.

Kami mengharapkan jua program Seni Gayong akan melibatkan dan jemputan kepada semua Anak Gayong secara spesifik agar lebih dihormati dan perpaduan lebih segera dicapai. Kami laksanakan sahaja, kalau anda tidak mampu melaksanakan seperti kami, harap anda jangan kritik dan memberikan respon negatif. Kalau anda mampu, kami memberikan sokongan dalam apa jua bentuk.

Pihak kami berharap sekiranya ada persoalan dan teguran ingin dibuat, pihak rakan-rakan boleh terus berhubung dengan kami agar tiada apa jua cerita disalahertikan.

1 comments »

  • Anonymous said:  

    buat la apa pun cikgu. BUkti yg cikgu buat lagi bagus.

  • Leave your response!