Mulakan Perpaduan & Penyatuan Dengan Berkata-Kata Yang Baik

Thursday, February 02, 2012 Leave a Comment

Kursus Kemantapan Silat & Ujian Bengkung di Sultan Ismail College pada 1996.
(Sultan Ismail College 1995-1996)

Salam buat semua,

Kita sering bercakap soal penyatuan dan perpaduan antara Seni Gayong. Hampir semua orang bercerita tentangnya kerana itu sebenarnya Anak Gayong mahu. Tetapi adakah Anak Gayong benar-benar inginkan penyatuan.

Kita bercakap atas dasar emosi. 
Kita bercakap atas dasar kononnya amanah
Kita bercakap atas dasar keperluan
Kita bercakap atas dasar sokongan mahupun taksub

Tapi kami mencadangkan anda bercakap atas pengalaman atas kefahaman susah payah kita dalam menghidupkan gelanggang mahupun mengenali kesusahan guru lain berdasarkan pengalaman kita.

Secara sedarnya kita tidak pernah melaksanakan penyatuan antara mana-mana gelanggang, pertubuhan dan individu. Kita masih prejudis. Malah tiada jemputan bagi semangat Gayong disatukan dalam majlis. Amatlah kami bangga bila ada yang berbuat sedemikian dan kami di sini telah dan masih mencuba pelopori kearah itu. Alangkah pimpinan tertinggi mana-mana pertubuhan memulakan langkah sedemikian, selangkah mereka sama dengan ribuan langkah kami yang kerdil.

Selain daripada penyatuan dan perpaduan boleh dibuat dengan program bersama, lawatan sebagaimana kami laksanakan. Penyatuan dalaman perlu juga diimbangkan melalui tutur kata dan pandangan kita kepada pihak lain. Berikanlah satu pandangan dan komen yang baik (positif) mengenai seseorang kepada rakan mahupun pelatih kita kerana itu langkah pertama penyatuan dan perpaduan antara kita.

Tiada guna kita bercerita buruk mengenai seseorang mahupun mengadu domba kerana dunia Gayong bukan sebesar mana. Kita mungkin lupa yang orang yang kita adu dombakan mempunyai sejarah kegurulatihan yang baik dan mempunyai telinga dan mulut dimana-mana dan membuatkan dunia Gayong ini lebih kecil dan cepat sampai ditelinga.

Tidak faham, bertanya. Salah faham, bertanya. Anda faham, tegur-tegurlah kesilapan kami. Bukan ajaran guru Gayong amat baik dalam soal menegur.

Senang-senang, kita pakat jaga tutur kata lebih baik dan pakat mesra alam.

Nota: Kami akan cuba upload beberapa gambar lama milik pesilat KSSG untuk tatapan ahli KSSG dalam menjawab isu di Artikel

5 comments »

  • Anonymous said:  

    Mcm pernah kulihat wajah pemilik tali pinggang merah ini.. Tapi... Dimanaya??

  • SH said:  

    bengkung kedai kain kota bharu tu. Tak laku setarang!.. hehe

  • SH said:  

    Yang komen ni geng SIC ke.

  • Anonymous said:  

    perh...
    kurus!!!

  • SH said:  

    at least org zaman muda kurus la jugak. tough gagah perkasa. Rekod lompatan anak kambing 24orang woo..

  • Leave your response!