, , , , ,

Sekitar Majlis Ilmu Bersama Kumbang Hitam, Cikgu Radzwan Razak

Saturday, March 31, 2012 Leave a Comment

Dengan penyertaan KSSG seramai 4 orang pada hari tersebut sekurangnya kami dapat merapatkan lagi hubungan yang sedia ada. Hubungan dengan Gelanggang Kumbang Hitam bukan hubungan baru dan harap ini akan berterusan atas nama Silat Seni Gayong.

Mohon semua ilmu dimanfaatkan sepatutnya dan bukan untuk riak atas kelebihan pengetahuan.

Si Adik Besi, Shaiful di hujung kiri sekali menjadi ketua rombongan KSSG. Di KSSG, biarpun apa bengkung anda, anda dilatih untuk jadi pemimpin dan gurulatih silat. Kalau setakat nak main-main bersilat, cari silat lain.

Cikgu Shams dan Cikgu Abu sempat singgah dan bercerita direct mengenai ADMAR dan Arwah Cikgu Siti Kalsom dengan Cikgu Wan. Cikgu Abu bersungguh nak singgah sebab bimbang anak buah dia tak makan.

Dalam perjalanan pulang, Cikgu Abu berkata "tak sangka bila bercerita pasal ADMAR, dia boleh menangis" Cikgu Shams menjawab (tolong ingat baik-baik pesan ini) "apabila awak telah ikhlas memperjuangkan Seni Gayong dan cuba sedaya upaya dan lama menaikkan Gayong melalui gelanggang, awak juga akan terasa bila bercakap soal guru awak"

2 comments »

  • Anonymous said:  

    si adik besi??..ape tu??..OOoo..huhu..ishk, sebelah awek nie pulak gmbar diletak nyer..malu la sy,nnti ape kate mak sy klu dia tngok gmbar nie...THANKS KSSG n KUMBANG HITAM TRAINING CENTRE..

  • SH said:  

    tepi awek kita sebut adik besi.. kalau lembik juga lagi tak tahu la

  • Leave your response!