, ,

Nasihat Untuk Majukan Seni Gayong - "Jangan Mudah Mengata Tanpa Memeriksa"

Friday, April 13, 2012 Leave a Comment


Sebenarnya banyak orang suka mengata tanpa mereka sedari sekiranya riak dan sombong pada apa yang ada, itu sudah mewarisi sikap terbaik daripada iblis.

Kalau semua persoalan buruk dan isu sensitif yang dikatakan kepada KSSG dan gurulatih mereka ingin dijawab, rasanya server blogspot tidak mampu nak hosting semua itu. Jadi kami tidak perlu menjawab kesemuanya. Cuma dalam berita tidak enak, ada kami terima daripada rakan-rakan lama dan baru kami. Sebarang persoalan yang kami jawab di sini hanya berkisar cerita yang sampai terus ke telinga kami melalui pihak ketiga dan melalui ahli KSSG sahaja.

Cuma kami berpesan kepada Anak Gayong, kalau nak maju jangan nak jadi keyboard warrior mahupun mencanang cerita menggunung seolah kita hebat dan banyak ilmunya. Apatah lagi nak bercerita buruk orang. Semua itu tidak kemana. Silap masa makan diri dan nampak sangat stupidity anda semua.

Orang yang anda bercerita mungkin tidak hebat dan semaju anda tetapi anda lupa masa dan pergorbanannya  telah melahirkan ribuan pesilat mahupun menjadikan rakan hidupnya. Mereka ini sebulu mahupun tidak, menjadi telinga dan mata berharga buat nilai persahabatan. Jangan kita memandang dunia terlalu luas untuk kita naik ke atas dengan berkata-kata manis.

Sesama kita turun ke bawah untuk membantu mengubah anak seagama kita. Dalam masa sama kita memajukan budaya ilmu Seni Gayong dalam medium dakwah. 

"Kalau sembang itu boleh bawa ke kubur, saya lagi boleh kuat sembang. Itu memang kerja cari makan saya!" - shams

0 comments »

Leave your response!