Seni Gayong Bukan Silat & Seni Pusaka
Tuesday, April 17, 2012
Leave a Comment
Pada pandangan kami, Silat Seni Gayong bukan harta pusaka boleh dipusakakan dari satu generasi ke generasi berdasarkan darah. Bukankah ADMAR pernah berpesan "Seni Gayong hanya boleh diturunkan kepada siapa yang ingin belajar sahaja". Itu kami dengar sebab kami sendiri tidak sempat merasai tangan dan petua nasihat daripada ADMAR secara terus. Kalau silap mohon dibetulkan.
Pakngah Izahar pun kata sedemikian, katanya masa hidup ADMAR, ADMAR pernah berkata sedemikian. Tambahnya lagi "kalau orang taknak belajar jangan dipaksa, ajar kepada yang nak sahaja."
Sehebat mana dan setinggi mana diperkatakan keturunan, ayah datuk nenek moyang kita dalam ilmu persilatan, petua mahupun dalam Seni Gayong ini, tidak semestinya kita mendapat perkara yang sama.
Bukan sahaja kita tidak mampu mewarisi ilmu mereka tanpa pelajari dan menjalani proses belajar dengan sabar sebagaimana mereka terdahulu. Malah kita juga tidak akan mewarisi apa jua penghormatan yang mereka terdahulu perolehi tanpa sikap dan sifat yang sama mereka teladani.
Bapa yang hebat kependekarannya tidak semestinya akan diikuti oleh anaknya. Maka hak pusaka ilmu tidak pernah wujud tanpa belajar. Seeloknya jangan terlalu menyombong atas kelebihan keturunan kita sekiranya tidak sendiri tidak mewarisinya.
Kita boleh bercerita melangit mengenai kelebihan keturunan kita, tetapi apa kita ada?
Jom pakat-pakat kita belajar dan sebarkan supaya Anak Tanah Melayu ini tahu kehebatan tamadun ilmu keturunan kita terdahulu. Yang baik, kita belajar. Yang samar, kita tinggalkan.
0 comments »
Leave your response!