Showing posts with label Kontroversi. Show all posts
Showing posts with label Kontroversi. Show all posts
, , ,

APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

Saturday, July 16, 2022 0 comments

 


APA SYARAT BENGKUNG HITAM SEBENARNYA CIKGU?

Antara syarat yang dinyatakan di dalam post mengenai saya tempohari tentang bengkung hitam. Antara lain ialah:
1) Bergayong melebihi 20 tahun
2) Telah menjadi Gurulatih melebihi 15 tahun
3) Bersandang bintang cula.
4) Berumur 40 tahun ke atas
5) Khatam Qul melebihi 3 kali
6) Aktif mengajar, sumbangan penulisan dan pengurusan dalam aktiviti/organisasi Gayong atau Sendi Harimau Malaysia;
Sebenarnya kami menetapkan tingginya silibus dan pemahaman yang diperlukan bagi bengkung kuning dan hitam. Maka kedua bengkung/peringkat ini ditetapkan bagi anugerah sahaja dengan ciri-ciri khusus.
Permulaan bengkung hitam ialah cula I pada seawal calon berumur 40 tahun 1 hari. Kenaikan secara terus setiap 7 tahun akan dibuat sebagaimana berikut:
  • Bengkung hitam cula II - Umur 47 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula III - Umur 54 tahun 1 hari - Perlu aktif bergelanggang & persatuan
  • Bengkung hitam cula IV - Umur 61 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula V - Umur 68 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
  • Bengkung hitam cula VI - Umur 75 tahun 1 hari - Aktif dalam aktiviti persatuan
Wallahuallam.
Read the full story

, , ,

SENDI HARIMAU MALAYSIA (KELANTAN)

 


Di mana tempat latihan Sendi Harimau di Kelantan?

Kami mempunyai 3 tempat latihan (tidak termasuk kena ambil/claim dek orang lain hari tu) yang masih menjalankan latihan bagi persediaan 2026. Ahli tidak ramai, semoga ada gurulatih yang bakal meneraju pada 2026 kelak. Gelanggang tersebut adalah:

  • Laman Sendi Harimau, Pasir Puteh (Gelanggang Awam kekal berukuran 12,000kps)
  • Gelanggang Bachok. (Gelanggang Awam pemberian orang awam)
  • Gelanggang Kota Bharu.(Gelanggang Awam pemberian orang awam)

Semua di bawah seliaan Cikgu Hisham. Sama-sama kita tunggu progress positif. Kita hanya merancang, Allah menentukan.

Kita nak maju bersama-sama. Tetapi jika silat ini ada orang dengki, kita bagi laluan kepada mana-mana dulu supaya tiada rugi silat kita semua di masa hadapan.


Read the full story

, ,

HORMAT DAN MINAT KEPADA SENI GAYONG

Friday, December 28, 2018 0 comments




HORMAT DAN MINAT KEPADA SENI GAYONG
Jika hormat masyarakat masa itu dikira pada wang dan kesanggupan kewangan, 50 sen memang besar masa itu.
Read the full story

, ,

Adakah Pusaka Gayong Persilatan SH sama dengan Pusaka Gayong Malaysia dan serpihannya?

Tuesday, September 15, 2015 2 comments

Adakah Pusaka Gayong Persilatan SH sama dengan Pusaka Gayong Malaysia dan serpihannya?

Lebih 20 persoalan pernah diajukan sama sebegini pada awalnya. Jawapannya ialah tidak.

Persekutuan Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia adalah asal persatuan yang diasaskan pada sekitar 1975/1976 di Kuala Lumpur dan didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Cuma sekarang ada pertambahan perkataan Sendi Harimau bagi pegangan nama tersebut.

Perkara ini pernah diberikan penerangan kepada beberapa guru kanan Gayong termasuk beberapa murid Arwah Dato Meor Rahman. Termasuk pernah dinyatakan dan dibincang dengan Pakndak Majid selaku murid ADMAR paling senior dan dihormati.
Read the full story

, , ,

REKOD TRAINING BIASA

Saturday, September 12, 2015 0 comments


17 set weight training & sit up
New record tonite
Ada berani?

NOTA: Training Weight lebih lagi.. Read the full story

, ,

PERUTUSAN 23 JUN - WANG PERLIMAU

Tuesday, July 28, 2015 0 comments


PERUTUSAN 23 JUN - WANG PERLIMAU

23 Jun sememangnya diingati buat semua Anak Gayong kerana Allayarham Dato Meor Abdul Rahman (ADMAR) meninggal dunia pada 23 Jun 1991. Pejam celik -pejam celik dah 24 tahun meninggal.

ADMAR bukanlah satu-satunya ikon Seni Gayong tetapi atas usaha gigihnya, Seni Gayong bertapak lebih kemas dan berkembang maju. Selainnya masih banyak Seni Gayong yang dikembangkan atas nama sama mahupun lain. Baik daripada datuknya dan murid-murid kemudian mahupun abangnya Datuk Meor Aziz (ADMAA).

Persekutuan mempunyai susur galur keduanya yang diperolehi gurulama dengan amanah ketat agar seni ini berkembang. Bukan sekadar silat tetapi kepada apa jua membawa kebaikan. Maka sahsiah dan Islam menjadi tunjang kepada kami semua agar niat ini akan terjaga sampai bila-bila.

Biarpun masih baru tetapi rezeki kami tidak pernah putus. Biarpun hilang sedikit sokongan atas prinsip, kami mendapat lebih sokongan dan rakan lain. Kami tidak menagih tetapi kami sedaya upaya menguatkan niat kami agar ikhlas dalam perjuangan ini. Kami bukan mencari wang dan pangkat.

Sempena 23.06.2015 yang menjadi ingatan saban tahun, saya ingin maklumkan bahawa sejumlah wang sebanyak RM1,564.00 yang diperolehi melalui majlis perlimau pesilat Persekutuan Sendi Harimau tahun ini (setakat 01.06.2015) akan didermakan sepenuhnya bagi perbelanjaan berbuka puasa untuk Pusat Jagaan Anak Yatim dan Tahfiz Quran yang terpilih. Semoga berkat pahala derma tersebut menjadi saham akhirat kepada pesilat, penjaga mereka dan guru-guru Seni Gayong.

Bermula daripada tarikh 23.06.2015, secara RASMINYA saya mengisytiharkan keputusan mesyuarat Persekutuan mengenai wang perlimau seperti berikut:

"Setiap perlimau hanya akan dilakukan oleh seorang sahaja di seluruh dunia pada satu-satu masa. Setiap sen duit perlimau DIHARAMKAN ke atas sesiapa dan pertubuhan kecuali didermakan keseluruhannya untuk kebaikan. Semoga Allah merahmati gurulatih-gurulatih Persekutuan dan Pentadbiranya"

MOHD HISHAM NAZIR
Pengerusi Kedua Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia
(2014 - 2016)
23.06.2015
Read the full story

, ,

WARGA MUAYTHAI PERANCIS HADIR BERSILAT BERSAMA KANAK-KANAK DI BANDAR SAUJANA PUTRA

Sunday, July 26, 2015 0 comments


Berita lanjut boleh follow page Facebook kami.

Read the full story

,

ISU SALAH FAHAM ORANG MELAYU.

Thursday, February 05, 2015 0 comments


ISU SALAH FAHAM ORANG MELAYU.

Masalah silat, banyak salah faham dan dengki berlaku dari orang melayu juga. Kalau ramai yang ingat, saya pernah keluarkan statement;

"melayu yang bangsatkan seni silat, prove me wrong!"

Ramai tidak setuju tapi sehingga ke hari ini, tetapi tidak dapat tidak kita kena telan kenyataan biarpun benar. Tinggal lagi kita perlu putuskan perlu berubah atau tidak. Samada kita mempunyai upaya atau kita sendiri turun berusaha untuk lebih maju.

Memandangkan isu yang dibangkitkan penduduk telah selesai berkenaan isu salah satu gelanggang Persekutuan telah diselesaikan oleh Jawatankuasa Penduduk dan pihak Surau, maka isu tidak perlu dipanjangkan. Surat menyurat dan dokumen boleh simpan. Cuma 3 nasihat saya kepada penduduk dan ahli-ahli persekutuan;

1. Bergaul dengan masyarakat;
2. Bersangka baik dengan semua orang; dan
3. Jangan condemn perkara yang baik. Jika tidak boleh buat, cukup sekadar sokongan kita berikan.

InsyAllah kita akan lebih maju dalam semua perkara
Read the full story

, , , ,

SUMBANGAN MANGSA BANJIR DARI GELANGGANG KLANG

Tuesday, January 06, 2015 0 comments

Terima kasih kepada semua sumbangan ahli gelanggang, gurulatih, keluarga dan orang kampung.

 Barisan sumbangan yang agak luar biasa.


Read the full story

, , , , , , , ,

MATLAMAT KAMI DI TAHUN 2015

Thursday, January 01, 2015 2 comments




MATLAMAT 2015


Pentadbiran
Kami hanya mahu bersilat. Tetapi bukan nak bersilat sangat kerana kami tidak hebat. Cuma kami berharap jika dapat dekati anak-anak muda dan kecil, dapat sedikit sebanyak membentuk sosial dan akhlaknya. Disamping kami membaiki diri. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memperkemaskan pentadbiran;
  • Menambahkan penyertaan daripada pimpinan luar Lembah Klang;
  • Menaikkan 2 ikon baru pimpinan silat daripada kami bagi peralihan kuasa pentadbiran setiap 2 tahun;
  • Membaikpulih hubungan dengan pertubuhan bukan Gayong;
  • Mempromosi sedaya mungkin untuk naik ke depan;

Kegurulatihan
Kami tidak hebat dengan silibus mahupun praktikal. Dengan sistem yang baik, pihak kami berharap dapat menonjolkan satu pimpinan kegurulatihan yang baik akhlaknya dan kepimpinannya. Maka kami akan merealisasikan matlamat;
  • Memantapkan Lembaga Gurulatih;
  • Membanyakkan kursus gurulatih dan perlantikan gurulatih;
  • Penganjuran seminar berterusan bagi dana;
  • Perbanyakan pesilat/ahli. Kalau kami tidak turun gelanggang, siapa nak;
  • Promosi dan pengambilan ahli bukan Melayu. Sebab melayu tidak berminat;
  • Ujian Gred dan sijil berpusat;
  • Bacaan Manzil diwajibkan;

Adat
Kami tiada menubuhkan apa-apa badan adat atau mendahulukannya dalam pentadbiran. Masing-masing kekal dengan jawatan dan tugasan yang ada. Tetapi Lembaga Adat yang berpusat akan memastikan kelancaran pentadbiran keseluruhannya dengan nasihat yang perlu.



Read the full story

, , , , ,

SUMBANGAN MANGSA BANJIR KELANTAN OLEH ANAK GAYONG

Friday, December 26, 2014 0 comments


 
SUMBANGAN MANGSA BANJIR KELANTAN OLEH ANAK GAYONG

"Siapa nak sumbang mangsa banjir boleh masukkan dlm akaun kelab kami CIMB 12070001215109 (kelab silat seni gayong subang jaya). Sila maklumkan melalui mesej amaun sumbangan anda melalui SMS.

Sumbangan diterima sehingga tghari esok sahaja. Petang kami sediakan pembelian barang. Ahad 3 lori bertolak ke terengganu. Manakala ke kelantan, barangan sumbangan akan naik helikopter.

Kerjasama dibuat melalui Perantau Anak Kelantan dan Masjid As Syakirin.

Apa-apa call saya, Hisham Nazir: 0139307961"
Read the full story

, ,

PERSIAPAN AKHIR GAYONG FIGHTING CHAMPIONSHIP

Friday, December 19, 2014 1 comments

Tag Nama Hari Pertandingan

Cikgu Along baru selesai mesyuarat bersama Central Market buat kali terakhir

Borang pemarkahan dan carta pertandingan

medal untuk yang menang dan tewas.




Read the full story

,

PERJUANGAN SILAT INI PERLU DITERUSKAN

Thursday, December 11, 2014 0 comments


Seorang rakan bertanyakan saya tentang silat dan wang. Dia kata jangan terlalu ke depan. Dibimbangi fitnah mencari wang melalui silat. Saya menjawab mudah;

"Saya meletakkan kos personal training KSSG pada kadar ribuan ringgit, tapi adakah kadar ribuan itu banyak dan berbaloi untuk saya luangkan masa jika difikirkan faktor kewangan.

Mungkin kos yuran kami agak tinggi tapi adakah ia menguntungkan saya atau ahli kami secara peribadi.

Mungkin kami tetapkan standard bayaran tertentu jauh lebih tinggi daripada silat lain, tapi adakah kami dipinggirkan kerana nilai kami tetapkan itu. Jawapannya kami makin laku.

Jika wang menjadi ukuran pada zaman ini. Maka satu kaedah perlu ditetapkan dan dilaksanakan dengan baik supaya silat ini menjadi suatu kehormatan. 

Kalau fitnah akan datang bahawa kami mencari wang melalui silat, maka kami adalah orang yang terbaik menunjuk contoh kepada pemimpin silat lain kerana wang yang diperolehi bukan untuk kami tetapi persatuan/kelab kami dan jika dibandingkan dengan pendapatan sedia ada, bodohlah kami mencari duit melalui silat."


Ramai yang mahu silat naik dan baik di mata masyarakat tetapi dicemuh dan diherdik oleh bangsa sendiri. Mungkin ada persatuan boleh kumpulkan ramai orang melayu tetapi kerat yang bersilat mahupun membangunkan kewangan dan infrastruktur persatuan silat itu. Akhirnya kita sedar mereka tak kemana.

Kami hanya sedikit orang yang hanya mahu bersilat dan mahu silat terus menjadi teras disiplin anak Muslim. Mungkin jika banyak perkara tidak boleh ditegur, ambillah ikhtibar daripada teladan yang kami tonjolkan. Jika ada khilaf, maka tegurlah.


Read the full story

, ,

GAYONG FIGHTING CHAMPIONSHIP 1.0 2014

Wednesday, December 10, 2014 0 comments


Gayong Fighting Championship (GFC) Edisi 1
Lingkungan umur: 7- 12 tahun kanak- kanak.
Lokasi : Perkarangan Pentas Central Market KL
Tarikh : 20.Disember .2014 sabtu.
Masa: 3.30 ptg -pendaftaran ,sessi timbang berat, medical check up, pengenalan fighter ,photoshoot ,penerangan peraturan.
5.00 ptg smpai k.o - Fight! Lawan!.

Fight 1
Merah - Zulkarnain Haras Zulkifli (NBSP)
Biru- Aqil Wafiq Mohd Aziz (NBSP)

Fight 2
Merah- Nur Sabrina Larissa Muhammad Noah Luke (NBSP)
Biru - Nur Syuhada Hanis Sabri (NBSP)

Fight 3
Merah- Muhammad Shahrull Yuzaie Shamlan ( NHPI)
Biru- Muhammad Sufian Ahmad Fuad( NBSP)

Fight 4
Merah- Nurul Zahirah Syamimi Zulkifli (KHTC)
Biru- Amni Natasya Abdullah Sani (NBSP)

Fight 5
Merah- Nik Muhammad Saifuddin Nik Mat (KHTC)
Biru- Haikal Azman( NHPI)

Fight 6
Merah-Adibah Dayini Ahmad Fuad (NBSP)
Biru- Nur Syaidatul Hanim Sabri
( NBSP)

Fight 7
Merah- Wan Muhammad Yusri Wan Marzuki ( NBSP)
Biru- Izzuddin Ibrahim ( KHTC)

Fight 8
Merah- Nik Amirah Thasnin Nik Mat Din ( KHTC)
Biru- Auni Arissa Abdullah Sani (NBSP)

Fight 9
Merah -Wan Muhammad Aiman Wan Marzuki (NBSP)
Biru - Muhammad Fakhrul Haziq Mohd Aziz (NBSP)

NOTA: Setiap gelanggang hanya diwakili seorang pengurus @ manager dan seorang pelepas @ cornerman. Sila datang tepat pada masa yang ditetapkan. 

Read the full story

, , , ,

HIMPUNAN PESILAT MTM KE-2 [1992-2015]

Tuesday, December 02, 2014 0 comments


Madrasah Tarbiah Mardziah nama kecil dalam Seni Gayong. Tidak pernah minta dipandang. Tetapi selepas berbual dengan mahagaru tadi, teringat pula kenangan lama di sana. Sepak terajang Cikgu Hafiz selaku gurulatih dan sahabat serta doa para ahli yang berterusan, menghidupkan Seni Gayong sehingga kini.

"Mungkin kita patut adakan perhimpunan sekali lagi mahagaru!"

Produk-produk lahir daripada gelanggang kecil itu terus berkhidmat dan menjalankan amanah kembangkan Seni Gayong sehingga kini. Ada yang membuka di luar negara. Ada di negeri selain Kelantan dan ada juga masih memberikan khidmat sehingga kini. Malah dilaporkan gelanggang ini menjadi tunjang kegurulatihan di Kelantan buat masa ini.

InsyAllah akan dirancang elok-elok di tahun 2015. Tahniah buat pimpinan utama di sana.. Read the full story

, , , , , , ,

PERBINCANGAN MENGENAI PSSPGMKL

Monday, December 01, 2014 0 comments


Perbincangan dan pertemuan dengan Pakndak Majid telah dibuat pada 29hb November 2014. Penerangan telah dibuat mengenai PSSPGMKL oleh Pakndak Majid sendiri dan memandangkan pihak kami tidak ada berniat untuk turut meneruskan apa-apa tindakan bagi mengendalikannya selepas keputusan PSSPGM untuk membuat pemilihan baru, tidak banyak perbualan mengenai pentadbiran antara kami. Cuma selebihnya perbincangan mengenai amalan dan situasi semasa Pusaka Gayong Malaysia sebagaimana keperluan pengetahuan lanjut kami.

Mengenai PSSPGMKL, Cikgu Shams hanya sekadar memberikan cadangan agar dapat diteruskan oleh Waris Amanah yang dilantik oleh Pakndak Majid bagi negeri Kuala Lumpur. Pakndak Majid bersetuju mengenainya dan hasrat, cadangan dan laporan lengkap selama 5 bulan telah dikemukakan secara bertulis. 

Terima kasih buat semua.




Read the full story

, , ,

Majlis Pemilihan Pentadbiran PUSAKA GAYONG KL dan Majlis Iftar 2014

Thursday, August 07, 2014 2 comments

Tahniah kepada Cikgu Hisham Nazir dipilih bagi menerajui PUSAKA GAYONG KL dan menyeleaskan kesemua pentadbirannya


Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini dan di sini
Read the full story

, , , , , ,

NAGA BORA - KSSG Bersama ONEFC

Saturday, March 15, 2014 0 comments



Pada 13.03.2014, KSSG melalui NAGA BORA-KSSG telah menandatangi perjanjian dengan ONEFC bagi memberikan komitmen penyertaan MMA melalui ONEFC di peringkat Asia sekiranya dianjurkan pertandingan dan mempunyai fighter berkelayakan.

InsyAllah selain kebaikan yang lebih kepada ONEFC tetapi KSSG turut diberikan peluang mudah untuk ketengahkan fighter KSSG sekiranya ada kelak bagi peringkat Asia.


Read the full story

, ,

Team Cikgu Along Dah Sedia!

Thursday, January 30, 2014 0 comments


Adik "bengis" di bawah latihan Cikgu Along di Gelanggang Pusat KSSG, Puchong
Sedia untuk cabaran pada Pertandingan Tempur Pendekar Cilik 2014 pada April 2014 kelak
Bak kata Cikgunya "Menang belum pasti tapi berundur pastinya tidak!"



Read the full story

, , , , , , ,

PERTANDINGAN TEMPUR TERBUKA PENDEKAR KECIL

Friday, January 03, 2014 0 comments


Read the full story