, , , , ,

Derma Maulidur Rasul 2012

Thursday, May 17, 2012 Leave a Comment

Setiap tahun KSSG melaksanakan program Maulidur Rasul cuma tahun ini kami tak buat selawat beramai-ramai dan makan pulut durian. Kami buat tabungan amal untuk diberikan kepada Anak Tahfiz Quran.

Kami telah war-warkan kepada semua Anak Gayong untuk turut serta dalam program ini tetapi seperti biasa, kami akan kata "orang lebih suka bercakap". Sepanjang kami buka promosi dan iklan tabung berkenaan, hanya 3 derma di bank in. 2 daripada KSSG dan satu daripada rakan Gayong Serantau (kalau tidak silap pertubuhan). Selebihnya adalah derma kutipan KSSG daripada ahlinya yang akhirnya kami berjaya kutip lebih RM600.

Daripada kutipan itu, bolehlah kami membeli keperluan kepada Anak Tahfiz Quran yang dipiliha iaitu daripada Madrasah Darul Misykat, Pulau Meranti Cyberjaya.

Tradisi KSSG ini bukan tradisi baru dalam Gayong. Cuma kita tidak amalkan. Ini merupakan ilmu pertama dalam amalan yang diberikan dalam Amalan Kebatinan Seni Gayong.

Sumbangan diterima oleh Pentadbir Madrasah tersebut, Encik Nazrul. Malah KSSG cepat mesra terutama daripada wajah terharu masyarakat masih melihat silat sebagai ilmu perang dan bergelanggang semata-mata. Muktahir ini silat pula turun berpolitik. KSSG terangkan kepada mereka ini tradisi Gayong cuma jarang orang Gayong amalkan. 

KSSG telah melaksanakan amanah kepada wang derma berkenaan. Semoga Allah SWT juga memberikan ganjaran kepada semua penderma. InsyaAllah.


0 comments »

Leave your response!