, , , ,

BERJAYA - Majlis Ilmu Seni Gayong Bersama 3 Guru Lama PASAK, Singapura

Monday, July 16, 2012 Leave a Comment


Cikgu Rahim Hussin selaku penyambung amanah daripada Arwah Pak Hussin Kaslan turut bersama KSSG dalam Majlis Ilmu berkenaan bersama Cikgu Ismail Ishak dan Cikgu Salmah Kamsani.

Seramai 22 orang menyertai Majlis Ilmu bersama Silat Seni Gayong PASAK, Singapura


Sessi Pertama dimulakan jam 10.45 pagi, 45minit lewat kerana penerbangan tertangguh daripada Singapura.
Pelajaran gerakan Selayang Pandang selaku permainan asas diturunkan bersama seni permainannya. Termasuk cara bermain dengan baik dari sudut teknik yang terlibat dalam permainan.

Sessi Pertama dihentikan pada jam 1.30tengahari bagi memberikan laluan untuk makan tengahari dan solat zuhur.


Sessi Kedua dimulakan jam 3.10 petang. & biji buah Tapak yang diajarkan ADMAR kepada murid pertama di Singapura diajarkan kepada kami bersama teknik dan seni serta sedikit rahsia. Sessi Kedua tamat pada jam 6.45 petang bagi memberikan laluan kepada soalt asar dan maghrib berjemaah.


Sessi Ketiga bermula jam 8.15 malam bagi penyampaian sijil, amanat, tayangan video, sessi bergambar serta sessi soal jawab tentang pelbagai persoalan. Malah disebabkan ada 3 guru lama, maka kesemua peserta dapat meluangkan masa lebih rapat dengan pelbagai persoalan. Sessi ditamatkan jam 10.30 malam.

Selepas itu ada lagi sessi tidak rasmi sehingga jam 1.15pagi. Sekalung penghargaan buat yang hadir. 

0 comments »

Leave your response!