, , , ,

Majlis Ilmu Seni Gayong Bersama 3 Guru Lama PASAK, Singapura

Monday, July 02, 2012 Leave a Comment


F.A.Q

1. Kalau jauh, penginapan kena cari?
KSSG ada 3 hotel panel yang menjadi sasaran kalau ada program. Ada macam harga kalau nak, tetapi kami juga turut bagi PERCUMA di gelanggang kami. Semua lengkap, sure lena.

2. Yuran bayar macamana?
Sila hubungi nombor tertera atau smskan nama dan gelanggang anda kepada nombor berkenaan. Kami akan membalas dengan nombor akaun MAYBANK. Kemudian maklumkan pembayaran telah dibuat dan simpan slip untuk diserahkan semasa pendaftaran hari Majlis Ilmu berkenaan.

3. Tempat boleh tempah?
Berdasarkan siapa cepat dia dapat.

4. Kenapa yuran mahal?
Yuran tak mahal kerana ada 3 guru lama yang boleh bersoal jawab dan akan memberikan amanah mereka. Mereka kesemuanya daripada luar negara. RM10 akan dihabiskan kepada makanan dan sijil dan RM40 adalah saguhati daripada peserta kepada guru-guru. Manakala KSSG akan menaja kos penerbangan, hotel, pemandu dan lain kos untuk guru-guru lama yang mencecah ribuan RM.

5. Jemputan Untuk Semua ke?
Jemputan terbuka untuk semua tanpa mengira bengkung dan sandang tetapi syarat adalah menjadi Anak Gayong daripada mana-mana pertubuhan Seni Gayong daripada luar dan dalam Malaysia.

Jemputan khas melalui pertubuhan akan dibuat melalui surat dan telah diposkan kepada PSSPGM, PSSGM beberapa cawangan. Selebihnya akan dibuat melalui Facebook sahaja.

6. Macamana Pendaftaran & Pembayaran Yuran Majlis Ilmu?
Sila masukkan yuran RM50 kepada akaun maybank No. 162263117521 (Mohd Hisham Bin Mohd Nazir). Selepas pembayaran dibuat, sila smskan nama penuh dan gelanggang/pertubuhan Gayong untuk kami senaraikan sebagai peserta dan tindakan lanjut kami.

Pihak kami berhak menolak mana-mana penyertaan atas sebab yang munasabah dan dimaklumkan. Sebagai contoh; masih kanak-kanak, baru masuk belajar dan lain-lain.

lain-lain persoalan akan dimasukkan lagi.

0 comments »

Leave your response!