,

CIKGU MAT NOR "API" DI HOSPITAL ALOR SETAR

Wednesday, December 03, 2014 Leave a Comment


MAKLUMAN

Ada seorang rakan kita yang sempat melawat ibunya di Hospital Sungai Petani dan turut serta bersama kita di Kedah tempohari kini terlantar di Hospital Alor Setar, Kedah.

Daripada update semalam, beliau kata semua sudah baik. Batu karang yang menjadi penghalang sudah dibuang melalui proses pembedahan. Sepatutnya dapat balik ke Shah Alam hari ini. Tetapi hari ini dimaklumkan beliau demam dan mungkin cuti dan diwadkan lebih masa sikit di Alor Setar.

Pakat-pakat kita doakan sahabat kita itu cepat sembuh dan boleh masuk kerja seperti biasa. Bila sembuh nanti, Cikgu Malik "Rima" kata nak sparring.

Lagipun penduduk Shah Alam sedang risau amat setiap kali hujan dan ribut kot-kot terputus bekalan eletrik..


0 comments »

Leave your response!