,

PERJUANGAN SILAT INI PERLU DITERUSKAN

Thursday, December 11, 2014 Leave a Comment


Seorang rakan bertanyakan saya tentang silat dan wang. Dia kata jangan terlalu ke depan. Dibimbangi fitnah mencari wang melalui silat. Saya menjawab mudah;

"Saya meletakkan kos personal training KSSG pada kadar ribuan ringgit, tapi adakah kadar ribuan itu banyak dan berbaloi untuk saya luangkan masa jika difikirkan faktor kewangan.

Mungkin kos yuran kami agak tinggi tapi adakah ia menguntungkan saya atau ahli kami secara peribadi.

Mungkin kami tetapkan standard bayaran tertentu jauh lebih tinggi daripada silat lain, tapi adakah kami dipinggirkan kerana nilai kami tetapkan itu. Jawapannya kami makin laku.

Jika wang menjadi ukuran pada zaman ini. Maka satu kaedah perlu ditetapkan dan dilaksanakan dengan baik supaya silat ini menjadi suatu kehormatan. 

Kalau fitnah akan datang bahawa kami mencari wang melalui silat, maka kami adalah orang yang terbaik menunjuk contoh kepada pemimpin silat lain kerana wang yang diperolehi bukan untuk kami tetapi persatuan/kelab kami dan jika dibandingkan dengan pendapatan sedia ada, bodohlah kami mencari duit melalui silat."


Ramai yang mahu silat naik dan baik di mata masyarakat tetapi dicemuh dan diherdik oleh bangsa sendiri. Mungkin ada persatuan boleh kumpulkan ramai orang melayu tetapi kerat yang bersilat mahupun membangunkan kewangan dan infrastruktur persatuan silat itu. Akhirnya kita sedar mereka tak kemana.

Kami hanya sedikit orang yang hanya mahu bersilat dan mahu silat terus menjadi teras disiplin anak Muslim. Mungkin jika banyak perkara tidak boleh ditegur, ambillah ikhtibar daripada teladan yang kami tonjolkan. Jika ada khilaf, maka tegurlah.


0 comments »

Leave your response!