DERMA PASIR OLEH PENDUDUK TEMPATAN
Monday, September 14, 2015
Leave a Comment
Alhamdulillah, semenjak
Kelas Latihan Syabab Al Battar bergerak atas tanah yang disewa khas di
Sungai Kembong, Pulau Indah, rezeki mereka tidak henti. Semoga promosi
dan pembawaan disiplin dan sikap gurulatih dan pelatih mereka di
kalangan mata masyarakat setempat memberikan impak yang baik dalam
dakwah.
Masyarakat setempat kagum kesungguhan dalam mendidik anak
setempat dengan kesanggupan mencari tanah sewa dan pelbagai program dan
aktiviti yang di laksanakan dengan penuh padat.
Semoga Tengku 'Tun' Karim dan Black Maria terus menerajui kelas latihan
dengan baik dan membawa anak muda ke arah disiplin yang lebih baik.
Hari ini rezeki mereka dengan pasir sebanyak 4 lori. Katanya tak pasti samada ada lagi akan datang. Dicampur dengan pasir sedia ada dan diangkut oleh pelatih di sana, mungkin dah 6 lori rasanya.
Alhamdullilah, kalau rasa segan nak jatuh tak tahu lah lagi.
Katanya ada beberapa silat lagi akan ditubuhkan di Pulau Indah. Mereka bertanyakan kami, kami kata "tak cukup Pulau Indah, Satu Klang kami tadah". Kita bersilat kerana niat baik dan ikhlas. Bukan nak berbangga dan bergaduh. Biar sama-sama maju.

0 comments »
Leave your response!