AUNI ARISSA DARIPADA BDR SAUJANA PUTRA KE GRAND FINAL KICKBOXING CHAMPIONSHIP

Monday, June 12, 2017 Leave a Comment

Tahniah!
Kemenangan bukanlah satu ukuran kejayaan tetapi kejayaan sebenar adalah dapat mendidik anak muda mempunyai jatidiri yang kuat. Kenal akan Penciptanya, taat pada Penciptanya dan mengajak orang lain berbuat baik.
InsyaAllah anak muda yang cemerlang.
Auni Arissa bukan gadis lasak tetapi kemudiannya mampu menjadi juara selepas mengalahkan semua peserta Muay Thai dari seluruh Malaysia yang menyertai KickBoxing Warrior Championship semenjak awal tahun 2016.
Biarpun tidak berseluar pendek dan berbaju singkat seperti Anak Muay Thai yang agak menggerunkan, Auni membawa konsep Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia dengan menutup aurat dan berpakaian silat lengkap.
Wajah yang comel dan mampu memberikan kemenangan secara K.O ini dilatih di Surau Al-Hidayah, Bandar Saujana Putra Setiap Ahad, selepas asar oleh gurulatih yang bertugas, Cikgu Mohammad Shahril (012-2699991)

0 comments »

Leave your response!