,

UPDATE 21.10.2015

Monday, June 12, 2017 Leave a Comment


HIMPUNAN PENDEKAR
Sempat melaksanakan latihan penuh bagi program demo silat, busana, memanah dan pelbagai aktiviti Himpunan Pendekar. Terima kasih untuk semua yang hadir dan meluangkan masa untuk sertai kami. Setakat ini secara kasar terdapat penyertaan sebanyak 36 orang.

MESYUARAT BIASA-BIASA
Alhamdullilah, mesyuarat penerangan sempat dijalankan semalam mengenai perjalanan Persekutuan. InsyAllah, senarai Penaung bakal dilantik bagi 2016 sedang dihalusi. Dalam senarai yang bakal mendapat persetujuan untuk dicadangkan ialah:
2 Timbalan Menteri Pusat
Seorang Ketua Polis Negeri
Seorang Ahli Korporat Antarabangsa

Sebagaimana yang diingatkan semalam;

"kita bermula dengan jauh hati dan rasa jauh masyarakat dan rakan sendiri. Kini kita meraih banyak sokongan tempatan selain mereka sebagai ganti.

Kita bermula dengan bukan sahaja tiada wang tetapi semua perkara didahulukan oleh ahli kita. Tapi kini semua Kelas dilengkapi material dan wang serta sokongan. InsyaAllah.

Persekutuan hanya minta 2 perkara menjadi asas kepada kita. Mohon jaga SOLAT dan IKHLASKAN NIAT"

#persekutuan #sendiharimau#pusakagayongpersilatan #silat #kamilainmacam
— at Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia.

0 comments »

Leave your response!