,

Kursus Kegurulatihan Tempatan

Monday, June 12, 2017 Leave a Comment

Sebelum kursus dan kelas latihan di bawa ke luar negara
Kami tawarkan kegurulatihan dan menyertai kami sebagai gurulatih di Malaysia. Perlu diingatkan bawa silibus kami tiada menarik dan hanya ringkas. Bukan orang hebat2. Cukup sekadar menjalankan legasi sebagai jalan didikan dan dakwah buat anak-anak muda.

Penyertaan TERHAD kepada 10 orang sahaja. Penginapan di Pusat Latihan. Manakala hotel disediakan untuk wanita.

Syarat mesti ada pengalaman senibeladiri melebihi 3 tahun.
Tak kisah anda silat, taekwondo dan sebagainya
Yuran Kursus FREE
Yuran Komitmen untuk kos disbursemen sahaja RM250.00 (baki dipulangkan kelak)

Apa yang ada:
4 seminar
4 latihan intensif
lebih 4 aktiviti kerohanian

Jadual Kursus:

HARI PERTAMA
6.00mlm – 9.00mlm
Pendaftaran, Pembahagian Tugasan,
Solat maghrib & Isyak Berjamaah
Bacaan Manzil
Makan Malam (Kos ditolak daripada fee komitmen)
dan Persiapan
Perlimau Tapak bagi yang belum

9.15mlm – 10.15mlm
Seminar 1.0
“Kenapa Kita Perlu Jadi Gurulatih Silat?” - Cikgu Hisham

Penyerahan Baju Silat & Tali Pinggang
(Kos ditolak daripada fee komitmen)

10.30mlm – 12.00tghmlm
Latihan 1.0
o Asas dan Standard Pengajaran Persekutuan
o Matlamat kegurulatihan
o Asas Gerakan Tangan 1,2,3
o Asas Gerakan 27
o Asas Gerakan Kaki 1,2
o Asas Gerakan Kombat
o Asas Gerakan Siku
o Asas Gerakan Harimau 21
o Pecahan Asas
o Bacaan Manzil

12.30tghmlm – 4.30pagi
Rehat

HARI KEDUA
4.30pagi – 5.30pagi
Solat Tahajud, Taubat & Hajat
Bacaan Manzil

5.30pagi – 7.00pagi
Solat Subuh Berjemaah
Membaca Quran – Surah Yasin, Waqiah, Rahman dan Mulk
Di Masjid Bandar Bukit Puchong

7.00pagi – 8.30pagi
Sarapan Pagi
InsyAllah akan ditaja Hamba Allah

9.00pagi – 10.00pagi
Seminar 2.0
“Kenapa Gurulatih perlu tekankan Akhlak?” - Cikgu Haizam

10.15pagi – 12.00tghari
Latihan 2.0
o Penerangan Tangkapan dan Kombat
o Seni Tangkapan
o Bacaan Manzil

12.00tghari – 2.00ptg
Solat Dhuha bersendirian
Persiapan & Rehat
Solat Zuhur Berjemaah
Bacaan Manzil

2.00ptg – 4.30ptg
Makan Tengahari (Kos ditolak daripada fee komitmen)
Rehat
Solat Asar Berjemaah
Bacaan Manzil

5.00ptg – 6.30ptg
Latihan 3.0
o Penerangan ringkas
o Seni Kombat
o Bacaan Manzil

7.00mlm – 9.30mlm
Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib / Bayan / Seminar bebas
Solat Isyak Berjemaah
Bacaan Manzil – semua di Masjid Bandar Bukit Puchong
Makan Malam (Kos ditolak daripada fee komitmen)

9.45mlm – 10.30mlm
Seminar 3.0
“Apa perlu laksanakan untuk keberkatan Allah SWT?” – Cikgu Razlan

10.30mlm – 12.00tghmlm
Latihan 4.0
o Asas Tongkat
o Asas Pisau
o Asas Ayat-Ayat Amalan Persekutuan
o Bacaan Manzil

12.30tghmlm – 4.30pagi
Rehat

HARI KETIGA
4.30pagi – 5.30pagi
Solat Tahajud, Taubat & Hajat
Bacaan Manzil

5.30pagi – 7.00pagi
Solat Subuh Berjemaah
Membaca Quran – Surah Yasin, Waqiah, Rahman dan Mulk
Di Masjid Bandar Bukit Puchong

7.00pagi – 9.30pagi
Gerak Dakwah1.0
Sarapan Pagi
InsyAllah akan ditaja Hamba Allah

10.00pagi – 11.00pagi
Seminar 4.0
“Siapa perlukan siapa?” – Cikgu Malique

11.15pagi – 11.30pagi
Solat Dhuha

12.00tghari – 2.00ptg
Penyampaian Sijil & Akujanji

3.00ptg – 4.00ptg
Sessi bergambar
Persiapan & Bersurai
Gambar akan dihantar kepada semua peserta.

Jika berminat sila whatsapp kami 014.9933774
Atau pm di FB Page kami atau komen di sini.
Kami akan kepilkan surat jika berminat

0 comments »

Leave your response!