, ,

KEMERDEKAAN GAYONG 1970

Monday, August 19, 2019 Leave a Comment


Perarakan kemerdekaan Gayong tahun 1970. Melihat gambar ini, saya dapat merasakan kehebatan dan kegagahan pendekar Melayu yang berarak dengan penuh gagah. Saya juga beranggapan hadirin yang melihat perarakan Gayong ini tentu terpegun dan berasa takut dengan kegagahan pendekar-pendekar Melayu ini.
Gayong telah menutup dekad 60an dengan sejarah terahsianya sendiri dan membuka dekad 70an dengan perarakan ini. 70an merupakan era gemilang Gayong. Kehebatan Gayong telah diakui oleh orang-orang Melayu. Ramai orang Melayu mula menyertai Gayong pada dekad ini. Gelanggang-gelanggang dibuka serata segenap tempat dan ceruk bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gurulatih jurulatih mengajar silat sepenuh masa dan gaji mereka dibayar oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang mencintai Gayong.
Atas kehebatan yang ada pada Gayong, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah menjadi murid Gayong. Sultan Perak, Sultan Idris juga menjadi ahli Gayong dan menjadi Sang Sepurba. Majoriti pemimpin-pemimpin negara ketika itu menjadi ahli Gayong. Pelajar-pelajar universiti yang bakal mentadbir negara juga ramai menjadi anak Gayong.
Ramainya menyertai Gayong kerana kepercayaan bahawa Gayong telah terbukti sebagai barisan kedua dalam perjuangan dan mempertahankan bangsa Melayu.
Jika ditanya guru-guru lama, mereka sepakat mengesahkan golongan Raja dan bangsawan, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pentadbir kerajaan menjemput Gayong untuk membuka gelanggang dan mengajar Gayong. Gayong telah diberi kepercayaan untuk mengajar Tentera dan Polis seni mempertahankan diri. Gayong telah dipanggil untuk mengajar pejuang-pejuang Melayu cara-cara bertempur dan mempertahankan diri.
Inilah Gayong pada dekad 70an. Satu nama yang cukup gah di Malaysia. Atas kegagahannya, maka Gayong telah dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan, mewakili pendekar-pendekar Melayu, sebagai barisan kedua mempertahankan bangsa Melayu.
Saudara saudara SeGayong Ayuh kita ulang zaman kegemilangan INI!!!
Al-fatihah buat pejuang gayong yang telah pergi bertemu Allah..mudahan ilmu gayong yang dipelajari hari ini menjadi saham akhirat mereka...in shaa Allah..

0 comments »

Leave your response!