, ,

JANGAN LEKEHKAN PERMAINAN SILAT LAIN

Friday, April 17, 2020 Leave a Comment



Dalam seminggu ini ramai juga share dan mesej kami bertanyakan saya tentang status yang dimuatnaikkan oleh @Jo Mas atau Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio mengenai sikap terdapatnya guru-guru #silat yang merasai sistem yang diciptanya adalah #efektif dengan menolak corak sistem silat tradisi dan permainan serta latihan yang dilihat tidak #praktikal bagi pertarungan.
Kami tidak mahir dan tidak mempunyai sistem #senibeladiri yang baik. Kami hanya anak kecil yang berkongsi pengalaman dan pandangan sahaja. Rata-rata respon yang diberikan kepada isu ini dikonklusikan kepada 2 perkara sahaja. Pertama, Guru itu tidak faham dan mahir dalam latihan tradisi itu. Kedua, Guru itu tidak berlatih pun untuk mahir dalam corak sistem tradisi yang ada.
Kami berpandangan ilmu senibeladiri adalah luas dengan meliputi kaki dan tangan serta gerak badan yang jika dihimpunkan dalam 1000 buah silat juga adalah suatu yang tidak mencukupi. Ini dikatakan luasnya ilmu silat itu sendiri. Luas dan dalamnya digali dan sistem tradisi silat itu sendiri menunjukkan ketamadun Melayu yang amat tinggi dalam satu pemikiran dalam mewujudkan sistem beladiri yang menggunapakai segenap anggota badan.
Sistem ringkas dan mudah tidak menjamin silat itu lebih bagus. Mungkin ramai lupa bahawa silat tidak menekankan pendidikan silat itu sebagai #bertarung. Tetapi pendidikan dalam silat adalah mendidik kepada satu ilmu Perang. Bila ia disebut ilmu perang, maka ia hanya ditimbulkan oleh pesilat bila #perang, menghadapi situasi dengan kaedah perang.
Ke arah sistem sedemikian, bukan masa itu penting tetapi selain mendidik silat sebagai #teori, ilmu silat diterapkan sebagai bahasa badan dan bukan dikepala. Semua latihannya menggunakan kebijaksanaan dengan masa yang dilatih bagi meningkatkan spritualnya kepada persediaan menghadapi kesukaran. Bukan sekadar perang tetapi bagaimana silat dan latihannya mendidikan dan mencorakkan pesilat dalam menjalani kehidupan sehariannya. Dalam kaedah silat, ia diasimilasikan dengan #syariat Islam.
Efektif silat atau sistem tradisi silat bukan boleh diukur kepada menang #tarung satu lawan satu atau melalui pertandingan aatau apa-apa sistem yang memberikan pemarkahan sahaja. Jika itu pandangannya, maka dllihat cetek perpekstifnya terhadap sistem tradisi silat atau apa-apa sistem senibeladiri tradisi lain.
Selain menjadikan pesilat #panglima perang, individu dan warganegara yang hebat, ia memupuk sifat dan sikap Muslim yang sebenar memandangkan silat itu sendiri disebarkan oleh alim ulamak pada masa silam. Jangan meihat sudut kecil keburukan silat dengan membandingkan isu #khurafat dan sebagainya.
Untuk mengatakan satu sistem tidak efektif di #jalanan (street fight) adalah tidak benar selagi ia tidak diuji dengan kadar situasi yang sebenar. Adakah ada yang mahu pertikaikan bahawa tanah ini diperjuangkan dan dimerdekakan oleh tangan-tangan pejuang senibeladiri silat. Adakah silat dan senibeladiri tradisi lain tidak meninggalkan peristiwa mempertahankan diri yang banyak di laporkan akhbar.
Jangan hanya kerana fanatik kepada keputusan pertandingan, maka disimpulkan ia lebih efektif. Jangan terlalu mendabik dada sehingga benar-benar teruji.
PERSEKUTUAN SENI PUSAKA GAYONG PERSILATAN SENDI HARIMAU MALAYSIA [4/2020]

0 comments »

Leave your response!