, ,

CERITA BENGKUNG HITAM BERCULA

Thursday, August 06, 2020 Leave a Comment

"Cikgu bengkung hitam cula berapa?"
Tanya Anak Gayong dan beberapa orang nak sambung belajar silat dengan saya.
Faktanya - Saya grading sampai kuning sahaja. Kuning tu pun negeri minta gi ambik selepas 14 tahun pegang merah dan 16 tahun mengajar di gelanggang. Tak belajar mana dalam kursus masa tu.
Pendeknya, saya takdak bengkung hitam. Sandang cuma Khalifah Muda pun pakai sekali hari dapat tu. Tak pakai lepas tu. Sandang bawah aliran ADMAA (Meor Aziz) adalah sandang Cula Sakti sahaja.
InsyaAllah dalam akhir tahun, saya akan ambil bengkung hitam cula satu di bawah Sendi Harimau Malaysia.
Konklusinya, ramai yang tak jadi sambung belajar tempat saya sebab saya takde bengkung hitam bercula-cula. Benda takde, saya cakap takde la. Tak payah tambah bunga pandai itu ini.
----------------------------------
CULA 4.5 GAYONG.
Masa dulu, Ayah Awang pun bagi (anugerah) kata suruh pakai bengkung hitam cula 4.
"Pakai la buat hitam 4. 5 pun boleh mung ni kata dia. Lama dah mung mengajar. Anak murid mung pun dah ada bengkung hitam (rujuk kepada beberapa orang termasuk seorang yg dah blok saya di FB) dan budak yg baru jauh dari mung tak sampai 10 tahun pun dah ambik hitam (merujuk kpd Gayong Malaysia Machang yg baru lepas singgah melawat Ayah Awang masa tu)"
Lepas 'anugerah' cula 4 di bengkung hitam, 30 minit dia bercerita pasal ni. Katanya -
"Kata dia Dato bagi saya nak pakai berapa cula, sebab lepas ni nak grading gayong dr selangor dan beberapa tempat lain. Jadi dato kata gurulatih kena pakai cula juga.
Masa tu team Gayong Selangor dapat 4 ke atas semua. Aku ambik dua ja la cukup. Cakap kat Dato dua cukup la. Majid takpa, dia ketua gurulatih kena banyak skit. Ikut mung la Awang.
Dok fikir anak buah yg aku grading semua dapt 4 - 5 cula daripada Dato, aku suka (gelak) pun ada. Rasa kecik pulak. Majid pun cula lebih kurang mereka. Kami gelak kat cula kami.
Baik 4 baik 5, saya tak pernah buat dan tak pernah pakai pun
Kenangan mengusik jiwa. Apa pun, talipinggang saya semua hitam. Baik buat kerja, baik gi merayau. Black belt semuanya.
Jangan sombong dengan cula. Ingatan buat saya dan gurulatih Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia

 

0 comments »

Leave your response!