Showing posts with label Laman Sendi Harimau I. Show all posts
Showing posts with label Laman Sendi Harimau I. Show all posts
, , , ,

Berlatih dan berlatih

Wednesday, December 23, 2020 0 comments







 

Read the full story

, , , ,

KELAS SILAT DIMULAKAN SEPERTI BIASA DENGAN SOP NORMA BARU

Wednesday, December 16, 2020 0 comments






Kelas di Selangor dah start.
Terengganu Start doh
Kelantan dah main dalam gelap
Perak pun dah start yeop
Kedah slow-slow dia pun start dah
Perlis belum sebab takde gelanggang lagi.
Alhamdulillah.












 

Read the full story

, , , , , , ,

PROSPEK #SENDIHARIMAUMALAYSIA DI KELANTAN

Tuesday, December 15, 2020 0 comments


Ada 6 tempat di Kelantan mohon dijadikan tempat latihan silat #sendiharimau. Kami tak minta, tapi ditawarkan. Nampaknya kursus kegurulatihan #sendiharimaumalaysia di Kelantan kena buat di Kelantan pada 2021.
6 tempat yang dikatakan tidak termasuk di Dojo milik rakan kami di Kota Bharu dan gelanggang silat kami yang telah dibawa pergi dan katanya milik orang. Malas nak gaduh.
Pak Imam dan masjid berkenaan berbual 4 hari lepas dengan Cikgu Sham. Dah dimaklumkan berkenaan status gelanggang. Dah minta pihak masjid tak perlu gaduh-gaduh. Kalau depa ikhlas, bertahan lama. Kalau tak, kami masuk balik. Simple. Tak perlu pening kepala nak masam muka.
Satu tempat daripada 6 tempat tersebut dimohon dijadikan pusat latihan Kelantan (Bachok) sebelum Laman Sendi Harimau II (Pasir Puteh) yang berkeluasan 24000 kps siap untuk digunakan pada 2024. InsyaAllah.
Satu gelanggang sedang berjalan di bawah gurulatih kami Cikgu D. Kena rahsiakan. Takut ada yang 'apa-apakan' gelanggang. Sama-samalah kita martabatkan silat biarpun berlainan aliran.
Kursus Gurulatih Sendi Harimau
Tahap Satu
Wisma XX Kota Bharu
XX Mei 2021
InsyaAllah. Jumpa di sana


 

Read the full story

, , , , ,

NASIHAT NAK BELAJAR RAWATAN & PERBOMOHAN

Monday, December 14, 2020 0 comments


Dok nanti orang tanya bab keris sebab banyak sangat lalu post pasal keris dan senjata. Tup-tup orang tanya bab perubatan i.e Rawatan Islam dan perbomohan.
"Elok ka nak belajar berubat jugak"
Jawapan saya:
[Asas belajar] - Elok la belajar berubat. Untuk diri sendiri ataupun boleh tolong orang. Belajar perkara tu fardhu kifayah. Cuma cari guru elok kemudian ilmu elok. Mentera sebaiknya jangan. Bukan tak boleh, tapi takut jatuh haram kepada awak. Orang lain mungkin harus.
[Kebaikan orang silat] - orang silat biasanya minat benda lagu ni. Daripada tersasar perkara tak elok, cuba cari guru elok dan boleh buat kawan. Akidah terjaga, silaturrahim terbina dan manfaatnya ada.
[Risiko] - Belajar mengubat kekadang risiko untuk sakit banyak. Sakit daripada kita, semasa belajar, daripada mengubat orang dan sebagainya. Sebab itu orang tua pesan, nak belajar urut patah boleh tapi kemungkinan kita baik keluarga kita patah tu tinggi sebelum dan selepas kita mula amalkan ilmunya. Apa yang tak menarik, kita tak boleh mengubat mereka. Dalam erti kata, kemungkinan ilmu kita tak mujarab bagi kebanyakan ahli keluarga itu.
Bukan kata ilmu patah sahaja. Ilmu lain pun sama. Kemungkinan juga ilmu rawatan lain seperti rawatan kanser, kita yang ada ilmu ini kena kanser. Begitulah amaran awal orang dulu. Ujian sentiasa ada.
Saya dulu pun kutip banyak amalan dan ilmu perubatan. Sebab itu amaran ini yg paling takut sebab antara pernah dikutip, ilmu perubatan tenaga batin. Bukan ilmu kebal, ilmu bawah tu.
[Adab mengubat] Samada belajar sebab nak tahu dan belajar ilmu ataupun nak amalkan untuk bantu orang atau mengubat. Samada anda ikhlas atau mencari wang, saya nak pesan sebagaimana pesan guru saya.
""Mengubat dan bantu itu bagus. Tapi jangan sekali minta upah. Sebab usaha kita hanya pada ayat Quran dan mentera atau serapah. Itu ikhtiar yang am dan penyembuhnya Allah. Jangan letak harga. Kecuali harga kos kerja khusus seperti jual air botol (utk jampi), upah cari herba, jual pokok herba, kos perjalanan, dan apa-apa melibatkan jual beli. Allah akan bantu murahkan rezeki kita." (Lebih kurang)
Saya dah komen status saya pasal bab ni hari tu.. Kena kecam teruk jugak la. Depa tak tahu saya ada ilmu tenaga batin, aku bengkok kan karang.. hahahah (gurau ja)
[Jaga Adab] Jaga adab dengan guru, masyarakat dan jangan meninggi diri. Yang ini saya cakap am sahaja. Sebab saya pun tak bagus. Kawan pesan kat saya hari tu. Dia pun cakap am kat saya, seminggu termenung, mungkin ada nampak sombong mana-mana saya dah minta maaf dengan dia. Sekadar pesan sahaja.
[Pengorbanan] Antara pengorbanan dalam belajar dan amal ilmu ialah, masa dan kos. Jangan kedekut. Nak ilmu tapi berkira duit. Senang sahaja, nak ilmu sila bayar apa yang menjadi feenya. Jangan timbul soal mahal atau letak harga.
Kalau guru itu tak ikhlas, anda tidak semestinya sedemikian, kita nak ilmu sahaja. Pembawaan masing-masing.
Begitu juga masa. Bila belajar, kena serahkan masa kepada ilmu. Bila amal, orang datang tetap kena layan. Kena ingat sebelum ambil keputusan nak amal.
Banyak lagi nak pesan tapi lain kali kita sambung. Cukuplah nasihat amatur kepada newbie.
Kalau tidak faham, sila baca banyak kali


 

Read the full story

, , ,

LATIHAN LEKIR, MANJUNG DITERUSKAN SEMULA

Tuesday, December 08, 2020 0 comments





Semua latihan di Manjung, Lekir Perak diteruskan semula selepas PKPB bermula hari ini. Untuk yg berminat nak sertai kami, sila hubungi :








 

Read the full story

, , , ,

MATTRESS HABIS

Monday, December 07, 2020 0 comments


Mattress terpakai telah habis dibahagikan kepada para Gurulatih Sendi Harimau Perak, Kelantan dan Kedah. Manakala ada beberapa mattress diberikan kepada gurulatih Gayong lain.
Terima kasih.


 

Read the full story

, , , , , , , , ,

TERAPKAN DISIPLIN MELALUI LATIHAN SILAT DI BANDAR SAUJANA PUTRA MULAI 12.12.2020

Sunday, December 06, 2020 0 comments



















Setelah bercuti kerana PKPB, latihan akan diteruskan dengan SOP yg ditetapkan. Latihan dijalankan oleh:
Naga Bora Fight & Fit Studio
58-2, Jalan SP5/3
Pusat Perniagaan BSP Village
Bandar Saujana Putra
Selangor Darul Ehsan
Bulan Disember 2020 adalah PERCUMA bagi ahli baru.
Kepada yang berminat, sila hubungi nombor di atas. Penyertaan dibuka kepada semua jantina, umur, bangsa dan agama.
Yuran RM30 (Pelajar) RM50 (Dewasa). Anak asnaf (Percuma).
Latihan kami pernah didedahkan melalui #nationalgeographic Australia & Singapore, tourism Korea & China, #majalah3 #malaysiahariini #wanitahariini #banana #TV3, #RTM1 #RTM2 #NTV7 #astro #tourism South
Africa dan lain-lain

































 

Read the full story

, , , ,

MATTRESS UNTUK DILEPASKAN

Saturday, November 28, 2020 0 comments



Matress baru @Sendi Harimau Malaysia di Naga Bora Fight & Fit Studio telah sampai sepenuhnya.
Mattress lama sebanyak 84 keping akan diagihkan kepada para gurulatih- gurulatih Sendi Harimau Malaysia yang berminat secara percuma. Juga kepada gurulatih Gayong lain jika ada lebihan.
Hubungi Cikgu Shams untuk info lanjut
Pengangkutan kita boleh adjust ke serata Malaysia.





 

Read the full story

, , ,

#GAYONG361

Thursday, October 22, 2020 0 comments


Ada yg mesej saya tentang beberapa perkara tentang Gayong.
Sempena #Gayong361 saya nak kongsi gambar ini. Gambar cukup biasa buat semua.
Tetapi akan jadi sejarah dalam 10-20 tahun lagi dalam isu adat dan hak.
Kebanyakan rakan-rakan KSSG (sebelum jadi Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia) hadir hari tersebut, tapi tiada seorang pun tahu tujuan lawatan penuhnya. Begitu juga lawatan kepada guru lama Gayong lain seperti Arwah Tok Mat dan lain-lain.
Mungkin kita berbeza. Baik sesama Gayong atau silat yg lain. Kenapa kita tidak tekankan persamaan:
"kita pewaris dan penyambung legasi disiplin dan ketamadunan Melayu"
Hah! Jawab...


 

Read the full story

, , , ,

BARANGAN SAMPAI PRE-ORDER

Wednesday, October 21, 2020 0 comments





Semua barangan iaitu -
#Baju uniform silat
#Seluar hitam silat
#Kicking target hitam
#Vest Olahraga (habis jualan pre order)
#Mattress (A) Biru Merah (habis jualan pre order)
Bagi uniform sepasang dan seluar silat, stok banyak. Ribuan stok ada. Jadi kalau gebg silat nak order, silakan. Harga elok untuk gurulatih.
Manakala vest silat olahraga kalau nak pre order boleh
Tapi mungkin dalam bulan 12/2020 akan sampai.
Mattress serendah RM49 sekeping dah habis. Tapi esok batch kedua mattress akan dihantar kepada transporter kami di China. Itu pun rasanya ada lebihan 20 keping sahaja untuk dijual.
Nanti kami update di bahagian shop laman FB Sendi Harimau Malaysia.









 

Read the full story