, , , ,

Belajar senjata Tekpi & Sundang

Monday, September 14, 2020 Leave a Comment

 


Ada beberapa orang bertanya kalau nak belajar tekpi boleh ke cikgu. Siap nak bagi tekpi cantik sebagai pengeras. Ada juga yang bertanyakan benda sama tentang sundang.
Memandangkan 3-4 orang dah tanya tentang ini lepas saya post ada orang datang belajar parang hari itu, saya jawab umum (public) di aini agar ramai tahu dan tak tanya kali kedua.
Saya tidak pernah belajar rasmi tekpi. Bukan kata nak bertari, nak bawa tekpi berjalan pun saya tak pandai. Jadi bukan kata nak tolak permintaan, tapi benda tak pandai, tak perlu lah memandai-mandai. Tapi insyaAllah, rasa pula nak belajar kalau ada peluang.
Begitu juga dengan sundang. Saya tak pandai. Cuma dalam ilmu besi tajam, Seni Gayong ada 4 jenis ilmu asas sahaja.
~ Pendek dipanggil pisau, belati, benet.
~ Panjang sikit dipanggil parang atau golok
~ Panjang lagi dipanggil parang panjang atau pedang.
Manakala Sundang diasingkan sikit dengan gaya ilmu yg berbeza disebabkan mata dua yg besar, fizikalnya bertangan dua (asas), hujung mata besar, halangan tembung mata (sebenarnya ilmu parang Gayong pun tiada tembung mata).
Daripada situ, keluar cara, kaedah dan petuanya. Nak tahu kena belajar. Cuma saya tak pandai. MasyaAllah. Semoga kita rajin belajar.


0 comments »

Leave your response!