, , ,

MAJLIS PERKONGSIAN ILMU

Tuesday, September 29, 2020 Leave a Comment




Bemula oktober 2020, Sendi Harimau Malaysia akan membuka latihan terbuka pada khamis malam jumaat 9-11 malam.
Gurulatih yang mengajar terdiri daripada gurulatih seni Gayong termasuk Sendi Harimau Malaysia.
Seminggu sebelum latihan, pihak Sendi Harimau akan memaklumkan nama pertubuhan Gurulatih bertugas dan intipati kelas i.e: buah cekik, kombat, kaki, tangkapan, dll. Maklumam melalui facebook page - sendi.harimau.malaysia
Penyertaan terbuka kepada semua Anak Gayong dan mana- mana ahli senibeladiri lain. Keutamaan kepada Anak Gayong. Terhad kepada 20 orang terawal. Perlu book tempat anda. Tentatif latihan ada seperti berikut :
9.00.9.30 mlm - Bacaan Quran & zikir (salah satu amalan wajib Arwah Meor Abdul Aziz sebelum latihan)
9.30-11.00 mlm - Latihan oleh gurulatih bertugas dengan tajuk latihan yang berbeza.
Harga Yuran tidak ditetapkan. Tetapi pihak Sendi Harimau Malaysia berbesar hati dengan sumbangan ikhlas anda untuk memastikan kesinambungan aktiviti kami dan premis Sendi Harimau Malaysia di Selangor, Kedah dan Kelantan yang mencecah RM3500 sebulan.
Ingat, ini adalah latihan berkonsepkan perkongsian ilmu. Bukan menonjolkan pertubuhan atau ilmu mana yang lebih dan mana yang kurang.
Lusa kami akan mula post status mengenai latihan berkenaan.


 

0 comments »

Leave your response!