Showing posts with label latihan. Show all posts
Showing posts with label latihan. Show all posts
, , ,

LATIHAN PENDANG MULA 22.07.2022

Thursday, July 14, 2022 0 comments

 


LATIHAN AKAN MULA PADA 22.07.2022
SILA WHATSAPP - +60109647931

Read the full story

, , , , ,

CHALLENGE SEPANJANG RAMADHAN

Wednesday, April 14, 2021 0 comments


Akhir latihan sebelum Ramadhan hari itu, ada bincang challenge sepanjang Ramadhan. Jadi sepanjang Ramadhan tahun ini, Sendi Harimau Malaysia senaraikan challenge harian untuk semua ahli (dah maklum dalam group Whatsapp);
O Latihan Silat tidak dihentikan;
O Terawikh tidak ditinggalkan;
O Derma / Sedekah setiap hari;
O Fitness minima push up 20x dan sit up 50x sehari;
O Latihan sukan berbasikal dan jogging digalakkan;
Terus aktif di bulan Ramadhan. Lepas raya ada 4 pertandingan antarabangsa secara virtual akan dianjurkan oleh Sendi Harimau Malaysia (setiap negeri).
InsyaAllah.
Nota: belek-belek gambar lama, jumpa gambar first team demo tempur di Puchong Indah. Kalau ikut umur, dah ada anak 2 semua ni.


 

Read the full story

, , , , ,

LATIHAN RAMADHAN

Tuesday, April 13, 2021 0 comments


Mohon maaf lama tak update. Semua gelanggang telah dimulakan tempohari, Ramadhan pula menjelma. Maka latihan diteruskan seperti tahun-tahun sudah.
DI Bandar Saujana Putra, latihan ramadhan hanya khusus kepada pesilat lama. Latihan SETIAP SABTU, 9.50 - 10.50 malam. Latihan hanya kepada fitness.
Pesilat baru nak sertai, kena tunggu latihan selepas Aidilfitri. Nak join boleh whatsapp: www.wasap.my/60139307961


 

Read the full story

, , , ,

Berlatih dan berlatih

Wednesday, December 23, 2020 0 comments







 

Read the full story

, , , ,

KELAS SILAT DIMULAKAN SEPERTI BIASA DENGAN SOP NORMA BARU

Wednesday, December 16, 2020 0 comments






Kelas di Selangor dah start.
Terengganu Start doh
Kelantan dah main dalam gelap
Perak pun dah start yeop
Kedah slow-slow dia pun start dah
Perlis belum sebab takde gelanggang lagi.
Alhamdulillah.












 

Read the full story

, , , , , , ,

PROSPEK #SENDIHARIMAUMALAYSIA DI KELANTAN

Tuesday, December 15, 2020 0 comments


Ada 6 tempat di Kelantan mohon dijadikan tempat latihan silat #sendiharimau. Kami tak minta, tapi ditawarkan. Nampaknya kursus kegurulatihan #sendiharimaumalaysia di Kelantan kena buat di Kelantan pada 2021.
6 tempat yang dikatakan tidak termasuk di Dojo milik rakan kami di Kota Bharu dan gelanggang silat kami yang telah dibawa pergi dan katanya milik orang. Malas nak gaduh.
Pak Imam dan masjid berkenaan berbual 4 hari lepas dengan Cikgu Sham. Dah dimaklumkan berkenaan status gelanggang. Dah minta pihak masjid tak perlu gaduh-gaduh. Kalau depa ikhlas, bertahan lama. Kalau tak, kami masuk balik. Simple. Tak perlu pening kepala nak masam muka.
Satu tempat daripada 6 tempat tersebut dimohon dijadikan pusat latihan Kelantan (Bachok) sebelum Laman Sendi Harimau II (Pasir Puteh) yang berkeluasan 24000 kps siap untuk digunakan pada 2024. InsyaAllah.
Satu gelanggang sedang berjalan di bawah gurulatih kami Cikgu D. Kena rahsiakan. Takut ada yang 'apa-apakan' gelanggang. Sama-samalah kita martabatkan silat biarpun berlainan aliran.
Kursus Gurulatih Sendi Harimau
Tahap Satu
Wisma XX Kota Bharu
XX Mei 2021
InsyaAllah. Jumpa di sana


 

Read the full story

, , , , ,

NASIHAT NAK BELAJAR RAWATAN & PERBOMOHAN

Monday, December 14, 2020 0 comments


Dok nanti orang tanya bab keris sebab banyak sangat lalu post pasal keris dan senjata. Tup-tup orang tanya bab perubatan i.e Rawatan Islam dan perbomohan.
"Elok ka nak belajar berubat jugak"
Jawapan saya:
[Asas belajar] - Elok la belajar berubat. Untuk diri sendiri ataupun boleh tolong orang. Belajar perkara tu fardhu kifayah. Cuma cari guru elok kemudian ilmu elok. Mentera sebaiknya jangan. Bukan tak boleh, tapi takut jatuh haram kepada awak. Orang lain mungkin harus.
[Kebaikan orang silat] - orang silat biasanya minat benda lagu ni. Daripada tersasar perkara tak elok, cuba cari guru elok dan boleh buat kawan. Akidah terjaga, silaturrahim terbina dan manfaatnya ada.
[Risiko] - Belajar mengubat kekadang risiko untuk sakit banyak. Sakit daripada kita, semasa belajar, daripada mengubat orang dan sebagainya. Sebab itu orang tua pesan, nak belajar urut patah boleh tapi kemungkinan kita baik keluarga kita patah tu tinggi sebelum dan selepas kita mula amalkan ilmunya. Apa yang tak menarik, kita tak boleh mengubat mereka. Dalam erti kata, kemungkinan ilmu kita tak mujarab bagi kebanyakan ahli keluarga itu.
Bukan kata ilmu patah sahaja. Ilmu lain pun sama. Kemungkinan juga ilmu rawatan lain seperti rawatan kanser, kita yang ada ilmu ini kena kanser. Begitulah amaran awal orang dulu. Ujian sentiasa ada.
Saya dulu pun kutip banyak amalan dan ilmu perubatan. Sebab itu amaran ini yg paling takut sebab antara pernah dikutip, ilmu perubatan tenaga batin. Bukan ilmu kebal, ilmu bawah tu.
[Adab mengubat] Samada belajar sebab nak tahu dan belajar ilmu ataupun nak amalkan untuk bantu orang atau mengubat. Samada anda ikhlas atau mencari wang, saya nak pesan sebagaimana pesan guru saya.
""Mengubat dan bantu itu bagus. Tapi jangan sekali minta upah. Sebab usaha kita hanya pada ayat Quran dan mentera atau serapah. Itu ikhtiar yang am dan penyembuhnya Allah. Jangan letak harga. Kecuali harga kos kerja khusus seperti jual air botol (utk jampi), upah cari herba, jual pokok herba, kos perjalanan, dan apa-apa melibatkan jual beli. Allah akan bantu murahkan rezeki kita." (Lebih kurang)
Saya dah komen status saya pasal bab ni hari tu.. Kena kecam teruk jugak la. Depa tak tahu saya ada ilmu tenaga batin, aku bengkok kan karang.. hahahah (gurau ja)
[Jaga Adab] Jaga adab dengan guru, masyarakat dan jangan meninggi diri. Yang ini saya cakap am sahaja. Sebab saya pun tak bagus. Kawan pesan kat saya hari tu. Dia pun cakap am kat saya, seminggu termenung, mungkin ada nampak sombong mana-mana saya dah minta maaf dengan dia. Sekadar pesan sahaja.
[Pengorbanan] Antara pengorbanan dalam belajar dan amal ilmu ialah, masa dan kos. Jangan kedekut. Nak ilmu tapi berkira duit. Senang sahaja, nak ilmu sila bayar apa yang menjadi feenya. Jangan timbul soal mahal atau letak harga.
Kalau guru itu tak ikhlas, anda tidak semestinya sedemikian, kita nak ilmu sahaja. Pembawaan masing-masing.
Begitu juga masa. Bila belajar, kena serahkan masa kepada ilmu. Bila amal, orang datang tetap kena layan. Kena ingat sebelum ambil keputusan nak amal.
Banyak lagi nak pesan tapi lain kali kita sambung. Cukuplah nasihat amatur kepada newbie.
Kalau tidak faham, sila baca banyak kali


 

Read the full story

, , ,

LATIHAN LEKIR, MANJUNG DITERUSKAN SEMULA

Tuesday, December 08, 2020 0 comments





Semua latihan di Manjung, Lekir Perak diteruskan semula selepas PKPB bermula hari ini. Untuk yg berminat nak sertai kami, sila hubungi :








 

Read the full story

, , , , , , , , ,

TERAPKAN DISIPLIN MELALUI LATIHAN SILAT DI BANDAR SAUJANA PUTRA MULAI 12.12.2020

Sunday, December 06, 2020 0 comments



















Setelah bercuti kerana PKPB, latihan akan diteruskan dengan SOP yg ditetapkan. Latihan dijalankan oleh:
Naga Bora Fight & Fit Studio
58-2, Jalan SP5/3
Pusat Perniagaan BSP Village
Bandar Saujana Putra
Selangor Darul Ehsan
Bulan Disember 2020 adalah PERCUMA bagi ahli baru.
Kepada yang berminat, sila hubungi nombor di atas. Penyertaan dibuka kepada semua jantina, umur, bangsa dan agama.
Yuran RM30 (Pelajar) RM50 (Dewasa). Anak asnaf (Percuma).
Latihan kami pernah didedahkan melalui #nationalgeographic Australia & Singapore, tourism Korea & China, #majalah3 #malaysiahariini #wanitahariini #banana #TV3, #RTM1 #RTM2 #NTV7 #astro #tourism South
Africa dan lain-lain

































 

Read the full story

, , , , , ,

SENDI HARIMAU MUSIM PKPB SEHINGGA 06.12.2020

Friday, November 13, 2020 0 comments


Semua latihan telah dihentikan termasuk latihan personal One by One di kesemua Pusat Latihan Sendi Harimau seluruh Malaysia bagi mematuhi SOP KKM sepanjang PKPB.
Walaubagaimanapun setiap tugasan/challenge yang dibekalkan oleh gurulatih digantikan sebagai kelas sepanjang PKPB.
Buat masa ini, hanya latihan Sendi Harimau di Masjid Panchor Kemumin sahaja meneruskan latihan kerana di sana tidak terlibat dengan PKPB dan telah bermula kelasnya sebelum ini. Cuma sepanjang PKPB, latihan tidak dibuka kepada awam dan hanya terhad kepada AJK Masjid sahaja bagi mengehadkan jumlah pelatih.
Latihan dijalankan oleh Cikgu Muzani yang mana Sendi Harimau Kelantan & Terengganu secara bersama dikendalikan oleh Cikgu Muzani dan Cikgu Akram
Semua latihan di Kelantan & Terengganu selain Masjid Panchor kemungkinan akan bermula selepas PKPB atau Januari 2021.
Kepada yang berminat untuk join di Kelantan & Terengganu (Kota Bharu, Kubang Kerian, Panchor dan Besut) sila hubungi Cikgu Muzani (www.wasap.my/60139724337) Manakala di Kemaman sila hubungi Cikgu Akram (www.wasap.my/60199876980)
Terima kasih.


 

Read the full story

, , , , , ,

PKPB - NOTIS PENUTUPAN LATIHAN SILAT DI NEGERI SELANGOR, PUTRAJAYA & KUALA LUMPUR (14-27 OKT 2020)

Monday, October 12, 2020 0 comments


Berminat nak join silat?
Berminat nak buat seminar self defense?
Berminat nak buat personal class?
klik dan msg kami - www.wasap.my/60109647931
.........................................................................................
Selaras dengan arahan Kerajaan Malaysia bagi melaksanakan PKPB di seluruh Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang mana turut melibatkan latihan ahli Sendi Harimau Malaysia, maka pihak Persekutuan dengan dukacita memaklumkan sebagaimana berikut:
O Semua latihan bagi ahli atau pusat latihan di Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah dihentikan bagi tempoh tersebut:
O Pihak Persekutuan memohon kerjasama semua ahli mematuhi SOP dan bersama-sama membantu membendung wabak COVID19 sepanjang tempoh berkenaan;
O Latihan diteruskan secara persendirian atau melalui online adalah digalakkan.
Sepanjang tempoh PKPB, pihak persekutuan akan menyediakan beberapa video online bagi latihan dan keilmuan melalui sembang santai melalui laman Facebook Persekutuan.
Manakala latihan ditempat dan negeri tidak dikenakan PKPB, boleh diteruskan sebagaimana SOP yang dikenakan.


 

Read the full story