ALLAHYARHAM MD RASIP ABD WAHAB
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
ALLAHYARHAM MD RASIP ABD WAHAB
Salah seorang guru ku yang hebat memberikan kesan dalam hidup. Nasihat masih diingatan. Malah "shamsbangi" nama diberikan Arwah kepada saya sekitar 1998
Mula kenal dan bergayong bersamanya pada 1998 di Bikit Rahman Putra Sungai Buloh. Hilang sekejap sambung balik kemudian di Kepong Dan Sungai Buloh pada 2001. Hilang lagi, sambung pula pada 2002-2004 di Taman Ehsan.
Arwah orangnya penuh nasihat. Semoga ia menjadi bekal buat semua pesilat.
Akhir-akhir hayat, kami bermasam muka atas beberapa faktor. Tapi saya bersyukur atas amanah PG Selangor Dan Kuala Lumpur yang membuat silaturrahim berterusan melalui amanah itu.
Walaupun hubungan masih agak dingin antara kami ketika itu, itulah guruku yang antara namanya wajib menjadi sebahagian doa saya terutama semasa silat.
Hari-hari terakhir Arwah dan saya, kami menangis di katil IKN, Putrajaya disamping kami ramai anak-anak Gayong daripada Johor.
Kami saling menangis meminta maaf atas kesalahan masing-masing.
"Ini lawyer kita. Apa-apa tanya dia. Belajar rajin-rajin macam dia. Anak Gayong kita ni. Murid Cikgu lama ni. Apa-apa tanya dia. Dia boleh bantu..."
Semoga Allah ampuni dosa-dosa guruku, Arwah Cikgu Md Rasip Abd Wahab dan tempatkan dikalangan orang soleh.
Kami bersaksi Arwah seorang yang baik.
0 comments »
Leave your response!