"Berapa banyak pelajaran Gayong Cikgu?"
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
"Berapa banyak pelajaran Gayong Cikgu?"
Asasnya kita perlu tahu pembelajaran Seni Gayong atas petua dan bukan silibus. Maka AMAR/ADMAA pelajarinya atas petua. Daripada petua menjadi gerak dan buahnya.
Berapa gerakan, seni, kombat, tangkapan sesuatu permainan bergantung kepada guru atas petuaa dan cara permainan. Tidak salah umtuk katakan ADMAR sendiri menurunkan ratusan malah ribuan buah/seni dalam satu-satu permainan
Sebab itu kekadang silibus dan susunan
Keilmuan adalah berbeza mengikut negeri, batch/zaman, kemahuran pesilat dan sebagainya.
Contohnya, kita belajar pisau 37 seni. Tapi kita jumpa guru ada yang menerima 41 pelajaran. Manakala ada tempat silibusnya 49 seni dan cara. Kalau kita berjumpa beberapa guru lama, kita kumpulkan untuk satu seni pisau telah mencecah ratusan cara dan seni.
Kesemua seni dan permainan adalah betul. Jangan lekehkan mana-mana permainan dan silibus orang. Sebab Cikgu Awang Daud pun pernah pesan "pendek kata tangan kaki sama saja. Jadi permainan akan sama. Cuma beza cara tak bersalahan dengan petua dan gerak asal"
Arwah Cikgu Rahim pernah pesan "Gayong ni apa apa pun dia 7 biji sahaja seni permainan dia. Daripada 7 dipecah 7 dan 7 lagi. Dia tak berhenti selagi awak belajar"
Saya masih ingat Arwah Pak Long Zali kata "silibus kao dah belajar 30, aku dapat dulu lain. Dengan arwah Cikgu Haron dulu lain. Situ sahaja dah berapa. Ilmu ni luas"
Terus gali tapi jangan tetapkan sedalam mana

0 comments »
Leave your response!