AMALAN SALAM

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment

 


AMALAN SALAM

Di dalam pelajar Seni Gayong, banyak amalan yg perlu dilaksanakan bukan sahaja bagi membina kerohanian, tetapi membina sahsiah dan kebaikan dalam diri pesilat bagi melahirkan insan yang bermanfaat buat dunia.
Dalam banyak-banyak amalan Seni Gayong dan aering dilupakan okeh anak Gayong ialah memberi salam. Ia adalah amalan pertama kami diminta mengamalkannya sebelum mengamalkan Qulhu. Amalkan memberikan salam seminima sebanyak 5 kali sehari semalam. Ada guru menetapkan 7 kali. Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia menetapkan 5 kali sebagai amalan minima harian.
Semalam gelanggang kami berjanji untuk memulakan amalan pertama dan termudah ini bersama. Kami akan memberikan salam kepada orang yg kami kenal dan tidak kami kenal.
Kami akan jadikan ia sebagai ampuh kepada silaturrahim, 'pengasih', murah rezeki, mengutip pahala dan sumbangan kami kepada ibubapa kami dalam bentuk kebaikan dan pahala.
"Ya Allah, rahmati ibu bapa kami dan ampuni dosa mereka" 🤲
Sesamalah kita amalkan memberi salam. Bukan kerana ia dalam silat tetapi satu sunnah yg digalakkan oelh Rasullulah SAW.
------------------------------------------------------------------------
Di bawah antara kelebihan salam di dalam Islam-
Kelebihan salam termasuk mendapat pahala yang besar, mendoakan keselamatan, rahmat, dan keberkahan kepada sesama muslim, serta mengeratkan tali silaturahmi dan kasih sayang. Memberi salam adalah amalan terbaik setelah memberi makan, dan menyebarkan salam adalah kunci untuk saling mencintai antar umat Islam.
Mendapat pahala
Setiap ucapan salam bernilai pahala yang besar, di mana "Assalamualaikum" mendapat 10 pahala, dan pahala bertambah jika dilanjutkan dengan "warahmatullah" dan "wabarakatuh".
Memberi salam adalah amalan terbaik kedua setelah memberi makan. Mendatangkan kebaikan dan keberkahan. Salam adalah doa yang memohon keselamatan dunia dan akhirat, rahmat Allah, serta keberkahan yang cukup.
Menjawab salam dengan balasan yang lebih baik akan mendapatkan kebaikan yang lebih besar.
Memupuk kasih sayang dan silaturahmi. Menyebarkan salam adalah salah satu cara untuk menumbuhkan rasa kasih sayang di antara sesama muslim, yang merupakan kunci untuk saling mencintai.
Salam menunjukkan rasa hormat dan penghargaan antar sesama muslim, mengingatkan bahwa semua adalah bagian dari satu umat yang sama.
Hukum dan anjuran
Hukum memberi salam adalah sunah, sedangkan menjawab salam adalah wajib.
Membiasakan salam antara suami istri, orang tua, anak, dan tetangga sangat dianjurkan.
Perintah untuk menyebarkan salam disebutkan sebagai salah satu cara untuk saling mencintai.

0 comments »

Leave your response!