BACAAN MANZIL

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment

 


BACAAN MANZIL

"Kenapa Cikgu pakai Manzil untuk ayat bacaan gelanggang Sendi Harimau?"
Kita diminta oleh Rasullulah SAW untuk sehari semalam sekurangnya membaca 30 ayat al Quran. Dalam riwayat lain ada menyebut 50 dan 100 ayat.
Manzil adalah himpunan ayat yang mencukupi bilangan tadi dan ayat-ayat yang diajar oleh Rasullulah dan manzil ini dikumpulkan oleh ulamak kita.
Manzil adalah himpunan ayat Quran sahaja tidak sebagaimana Matsurat yang turut himpunlan zikir dan doa yang lebih panjang daripada manzil. Jadi ia sedikit mengambil masa untuk membacanya.
Himpunan ayat manzil adalah menyamai dengan ayat-ayat ruqyah dan ayat 33. Jadi boleh kita gunakan sekali untuk perubatan dan pendinding selain amalan bacaan harian.
Kecenderungan pesilat kepada perawatan Islam biasa lebih tinggi. Jadi amalan ini menjadi pelengkap awal kepada pesilat kami.
Kami membacanya selepas latihan atau pada masa tertentu sebagai amalan harian. Ayat-ayat manzil menjadi sebahagian daripada silibus kami dan perlu dibaca dan dihafal ayat tertentu semasa ujian bengkung.
Saya percaya banyak gelanggang menetapkan amalan bacaan ayat dan surah lebih penjang, apa pun bagi kami suapan rohani itu penting.
Semoga bermanfaat.

0 comments »

Leave your response!