"Bila cerita pelajaran, orang cerita pasal buah kosong, senjata utama dan sampingan orang Melayu dan juga kebatinan. Apa sebenarnya definisi pelajaran yang lengkap bagi cikgu?"
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
"Bila cerita pelajaran, orang cerita pasal buah kosong, senjata utama dan sampingan orang Melayu dan juga kebatinan. Apa sebenarnya definisi pelajaran yang lengkap bagi cikgu?"
Ini sekadar pandangan peribadi. Setiap Anak Gayong dan gurunya mempunyai pandangan yang berbeza. Bagi saya perbezaan pandangan adalah sesuatu yang perlu diraikan.
Pertama. Apabila diajar untuk belajar, maka pelajaran hanya akan lengkap apabila pelajaran diajar itu diajar. Pesilat perlu belajar banyak benda kesilapan dan kefahaman melalui mengajar di gelanggang secara rasmi.
Memahami apa yang dibelajar melalui proses mengajar lebih membawa maksud apabila sudut pemahaman itu berbeza daripada mata seorang pelatih dan gurulatih. Masa akan menjadi proses pembelajaran yang penting.
Kedua. Apabila diajarkan permainan fizikal, maka pelajaran akan lengkap dengan pelajaran kerohanian. KIta diajar permainan kasar, tangkas, lincah dan keras dalam tindakan maka kerohanian adalah satu peringkat (step) untuk merendahkan hati. mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meletakkan diri selaku hamba Tuhan.
Bila sebut kerohanian ini meliputi amalan-amalan dan pelajaran melalui guru kita sebagai satu proses pelajaran dan mendidik kita kepada dekat kepada Islam, masjid, Quran, Ilmu-ilmu agama dan kemanfaatan seorang individu kepada masyarakat.
Seterusnya dari situ sahsiah dan kepimpinan serta rasa rendah diri akan terbit. Terbit daripada masa yang memahami kita ni biasa-biasa sahaja.

0 comments »
Leave your response!