LATIHAN SILAT TERBUKA KEPADA BUKAN MELAYU/ISLAM
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
LATIHAN SILAT TERBUKA KEPADA BUKAN MELAYU/ISLAM
"Betul ke Cikgu buka latihan Gayong bawah Cikgu untuk orang bukan Islam?"
Ya, betul.
Telah buka sejak 2004 saya mengajar di Puchong, Selangor. Malah ada beberapa pesilat yang bukan Islam menyertai saya tetapi bukan dalam tempoh yang lama. Mungkin perbezaan budaya. Tetapi kita cuba.
Kenapa?
Pertama, kita bercakap tentang dakwah melalui silat tetapi enggan membuka jalan-jalan dakwah. Saya tidak bersetuju tentangnya.
Kita melaungkan bahawa silat untuk Melayu dan Islam tetapi apabila ada peluang untuk memulakan latihan di luar negara, kita mengumpulkan pelbagai justifikasi untuknya.
Kedua, ini ilmu menjadi hak Allah. Buka sahaja keahliannya kerana Melayu sudah mula menunjukkan tidak minat untuk menjalankan amanah leluhur kita dalam memantapkan disiplin , jatidiri bangsa kita termasuk mendidik mereka beragama dan berakhlak dengan baik sebagaimana apa yg ulamak dan guru Silat lakukan sebelum ini.
Orang yang rajin akan dapat manfaatnya. Ia bukan tentang siapa menyertainya. Kalau saya Salah, Mai la masuk Silat atau majukan untuk kebaikan Islam, bangsa Melayu dan Malaysia.
Saya selalu pesan Anak Silat saya "Kita ni macam pokok pisang, maka jadilah pokok pisang". Jangan lupa antara falsafah pisang dalam perlimau Seni Gayong. Lupa ker?

0 comments »
Leave your response!