"Apa yang boleh bezakan Silat ni dengan Taekwondo sudut manfaat kepada kami sebagai ibu bapa?"
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
"Apa yang boleh bezakan Silat ni dengan Taekwondo sudut manfaat kepada kami sebagai ibu bapa?"
Banyak benda Tuan boleh fikirkan.
Selain manfaat sama dengan Taekwondo mahupun senibeladiri asing lain boleh tawarkan, Silat ini medium oleh orang Melayu Muslim untuk pelbagai matlamat seperti dakwah Dan disiplin cara Melayu.
Sebagai satu bangsa beridentiti dan bertamadun, kita ada cara terdendiri untuk mendidik jatidiri dah sahsiah kita. Jangan lihat sebagai speak tendang sahaja diajar.
Contoh paling kecil boleh kita lihat tadi kita buka gelanggang baca ayat-ayat Quran. Sekiranya ada pahala, kita hadiahkan pahalanya kepada guru kita, ibu bapa kita dan saudara-mara yang telah meninggal atau masih hidup.
Malah macam gelanggang kami setiap kali latihan ada bacaan Quran melalui ayat-ayat Manzil.
Seni beladiri asing lain mungkin tidak akan ada aktiviti sebegini kerana ia tidak berasaskan Seni Melayu dan Muslim.
Sama-sama kita menyokong aktiviti Silat.

0 comments »
Leave your response!