MEMILIH GURU
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
MEMILIH GURU
"Macamana kita nak memilih guru yang nak kita belajar?"
Saya berpandangan ini sudut mencari guru silat dan ini pandangan sahaja sahaja :
1. Cari guru yang akhlaknya baik dan dipandang baik oleh masyarakat;
2. Pilih guru yang solatnya di Masjid dan berbaik dengan masyarakat:
3. Ambil guru daripapada kalangan yang banyak diamnya kerana kata ulamak, diam menunjukkan ilmunya;
4. Jadikan guru mu daripada kalangan orang yang baik dan adil kepada isteri / suami dan anak-anaknya dan menjalankan amanah kepada mereka:
5. Pastikan gurumu orang yang bekerja untuk menyara keluarganya dan tidak lokek keluarkan wang dan masa untuk mendidik kamu:
6. Jadikan orang yang dihormati dikalangan kamu (silat) dan tidak mengadu domba antara orang lain:
7. Guru itu orang yang tahu untuk bercakap atas pengalaman dan menegaskan tidak bila perlu:
8. Pilih guru yang lebih mendidik adab melalui latihan melebihi ilmu;
Semoga menjadi asas yg bermanfaat.

0 comments »
Leave your response!