ZIKIR TANPA GURU
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
ZIKIR TANPA GURU
Ada pesilat dewasa tanya -
"Ada banyak video tentang katanya zikir tanpa guru tak kemana, syaitan gurunya (kata kebanyakan), tak sampai, tak terbuka batinnya. Habis tu kenapa ada guru tertentu ajar ZIKIR, buku-buku tentang zikir. Kita bukan nak ngadap Ustaz tu sebagai mursyid setiap masa. Apa pandangan Cikgu?"
Aduh, berat soalan ni. Betul banyak video pasal tu.
Pertama, PILIH ZIKIR YANG BAIK.
Bila kata ZIKIR yang baik, maknannya ZIKIR yang aelaras dengan Sunnah Dan berasas samada ayat Quran, Sunnah Dan ZIKIR yang dimulakan oleh ulamak. Ulamak adalah pewaris para Nabi.
Elakkan ZIKIR perkara yang bercampur. Bercampur antara mentera Dan ayat tertentu dan pengamalan dan usul yang tidak tentu.
Kedua, ZIKIR KERANA ASBAB KEBAIKAN DAN PAHALA.
Letakkan matlamat berzikir kerana inginkan keredhaan, pahala, menolak bala, kebaikan dan apa-apa ganjaran baik yang Allah boleh timpalkan atau ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya melalui zikir tertentu.
Jangan mengharapkan kaifiat yang tidak selari dengan adat (menarik adat) dan khusus kaifiat yang tidak mendatangkan keuntungan kepada kita sudut pahala dan akhirat.
Ketiga, SANDARAN ZIKIR.
Berguru itu lebih baik tetapi SANDARAN itu amat penting. ZIKIR kita amalkan kerana ia Sunnah, amalan para ulamak berdasarkan Quran dan Sunnah itu lebih baik. ZIKIR - ZIKIR yang diamalkan harus bersandarkan usul yang jelas dan tentu untuk lebih terang asas Dan tujuan zikir itu.
Selebihnya saya perincikan semasa menjawab persoalan baru-baru ini.

0 comments »
Leave your response!