Pakngah Izahar bin Abd Wahab @ Batu Kurau

Wednesday, May 20, 2026 Leave a Comment

 



Hari ini 18.02.2024 Pakngah Izahar bin Abd Wahab @ Batu Kurau dijemput Ilahi. Seorang guru lama Gayong yang setia mencurahkan ilmu sehingga akhir hayatnya.

Gigih mendidik anak bangsa seagama kita dalam seni silat dan pembangunan sahsiah muridnya. Perkenalan awal dengan Pakngah Izahar pada 2006 membawa kami kepada lawatan rasmi dengan membawa Anak Gayong daripada Puchong pada 2007. Pertemuan 2008 di Kg Melayu Subang dan perbualan ringkas membuatkan saya sering singgah di Batu Kurau.
Saya tidak pernah meminta ilmu dan buah secara khusus, sebab Pakngah bukan sihat mana. Sekadar melawat dan ambil peduli apa yang patut.
Sejak 2007, Pakngah sering juga menelefon saya. Sebenarnya saya tahu dia tersalah dial. Ntah apa nama saya arwah save dalam handphone.
Saya nak cuma nal cakap. Insan yang sarat ilmu persilatan ini sudah pergi. Begitu juga yang lain. Kami yang ibarat anak mereka juga telah makin lanjut usia. Seperti guru lama, kami mengajar bukan kerana hebat silat tetapi ia sebagai satu wadah untuk disiplin, dakwah, pembentukan insan melalui gelanggang silat.
Kami juga akan pergi. Maka anak muda, jadikanlah silat sebagai satu wadah. Yang gurulatih, buatlah masa dalam sesibuk mana utk mengembangkan jasa-jasa guru terdahulu. Ibu bapa ajaklah anak-anak ke gelanggang silat. Anda pasti tidak akan menyesal kelak.
Kita juga akan menyusul kelak. Jangan tinggalkan generasi kita tanpa jatidiri..
Al- Fatihah buat Arwah Pakngah Izahar. Sesama kita doakan agar Allah ampuni arwah dan tempatkan dikalangan orang soleh.
Yang jauh bolehlah solat jenazah ghaib.

0 comments »

Leave your response!