PAK LANG MAT ARIS
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
PAK LANG MAT ARIS
Ada orang Gayong menegur saya mengenai satu penulisan dan ada orang komen kesilapan saya tersebut kepada beliau. Kesilapan saya ialah menggunakan panggilan Pak Lang Mat Aris dan bukan Pakngah kepada nama Arwah. Kesilapan ini menunjukkan saya bukanlah faham Gayong dan kenal dengan guru lama. Terima kasih atas teguran, saya akui kelemahan saya termasuk tidak banyak memahami Gayong.
Cuma saya tegaskan bahawa tiada silap penulisan rujukan nama berkenaan. Selepas satu ketika (Arwah masih ada) saya berbual dengan Ayah Awang Daud dan merujuk Arwah dengan nama Pak Lang Mat Aris. Cikgu Awang terdiam seketika.
"Tak da lagi orang sini panggil dia Pak Lang. Rare ni
"Siapa dah panggil dia lagu tu?" tanya Ayah Awang kepada Mak
"Belah sana ada la panggil. Ya la.. itu panggilan betul dia" Kata Mak.
Pak Lang ini adalah panggilan asal kepada Arwah sebelah keluarganya. Ini adaah panggilan asal dan hanya digunakan oleh orang tertentu dan sebelah keluarganya. Manakala Pakngah panggilan setelah beliau berkahwin dan tinggal di Gurun. Saya pun memanggil Arwah dengan panggilan Pakngah sejak mengenali Arwah sejak1996.
Cuma saya panggil dengan panggilan Pak Lang kerana saya menerima beberapa sanad keilmuan Gayong dalam sessi saya memanggilnya Pak Lang dan saksi adalah ahli keluarga sebelah Arwah.
Tidak banyak cerita mengenai Arwah kecuali dikongsikan oleh antara murid kesayangannya, Arwah Cikgu Mat Rasip kepada saya. Cuma pertemuan terakhir saya dengan Arwah, beliau amanah sesuatu (kerana ramai claim benda daripadanya) dan diceritakan;
O Siapa diberikan amalan Seni Gayong olehnya dan dibenarkan amal;
O Siapa yang tidak pernah diberikan amalan Seni Gayong tetapi claim diberikan olehnya;
O Siapa yang diberikan tetapi tidak dibenarkan amal;
O Siapa yang diberikan sanad tertentu mengenai Gayong.
Alhamdulillah, semoga dapatlah kita memahami kenapa saya merujuk kepada nama tersebut. Pesan dan ingatan buat diri saya, Perbanyakkan zikir dan selawat. Perbanyakan juga gelanggang. Jaga anak muslim kita supaya berjaya. Kurangkan mengata dan sembang kencang

0 comments »
Leave your response!