PEWARIS SILAT
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
PEWARIS SILAT
Silat tidak boleh di warisi melalui sentuhan mahupun jalan lain selain belajar. Ia hanya satu method untuk menyambung legasi sahsiah, jatidiri, patriotik, kesihatan, silaturrahim & pelbagai tujuan kebaikan dirangka melalui silat.
Siapa yang minat, dia belajar. Kata ADMAR "Silat hanya untuk yang mahu belajar"
Guru silat hebat banyak terhenti kerana tiada pewarisan usaha mereka melalui anak-anak mereka. Kerana silat bukan hanya keilmuan fizikal tetapi keperibadian juga.
Tapi jika itu nasib gurulatih, kena redha. Anak orang pun kami melatih dengan beraungguh, supaya usaha ini menjadi kebun kebaikan yang membekalkan pahala berterusan.
Tidak boleh memaksa orang belajar. Tetapi kita sebagai pemegang amanah harus selalu membangkitkan rasa ingin belajar dan keterbukaan orang Melayu dan muslim kepada silat.
Apa setakat ini kita telah lakukan untuk memberikan kesedaran, galakan dan motivasi untuk silat terus dilihat utuh dan kuat di mata orang kita. Ia bukan alternatif, tetapi seni beladiri utama yang patut dipelajari.
Wallahuallam.

0 comments »
Leave your response!