SENI BELIAN
Wednesday, May 20, 2026
Leave a Comment
SENI BELIAN
Ada orang tanya pasal Seni Belian dalam Seni Gayong. Apa pun ilmu dan kaedahnya, kita perlu belajar dan berlatih. Samada ia digunakan atau tidak itu isu kedua.
Ilmu Seni Belian adalah ilmu bagaimana seolah harimau memegang mangsa dan mencarikkan kulit mangsa. Bukan kulit luar sahaja.
Saya direzekikan jumpa 2-3 orang yang mempunyai dan pernah menggunakan ilmu ini. Katanya ngeri.
Jika pisau dan Pedang itu menghiris perut dan perut terburai, maka ia bukan ngeri tapi jika kulit dikoyakkan sehingga menampakkan isi dalaman, itu baru ngeri. Mungkin tiada lagi cara untuk disembuhkan.
Pesilat diajar teknik khas menarik kulit dan bukan sekadar kekuatan tangan. Tapi kekuatan tangan dan hari adalah wajib dilatih.
Banyak teknik dikongsikan termasuk cara aplikasinya. Tapi sebelum kita bercerita atau berangan nak belajar, pastikan syarat utk belajar adalah dipenuhi. Syarat dia adalah kuat tangan dan kedua, kuat amalan Qul nya. Sebab orang hati tisu dan tidak kuat semangat memang tak ke mana. Amalan lain, lain punya cerita.
Banyak juga senaman dan cara latihan dikongsi tapi apa paling menarik dan paling senang ialah latihan mencabut rumput. Rumput ditarik dengan cara betul. Arah yang betul, insnyaAllah akan mudahkan kefahaman.
Jadi saya selalu suruh pesilat saya cabut rumput semasa latihan mereka. Gosok kanan, Gosok kiri je belum ajar lagi (rujuk movie karate kid)

0 comments »
Leave your response!