Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts
Showing posts with label Salam Takziah. Show all posts
,

MAKLUMAN

Sunday, May 24, 2020 0 comments


Cikgu Abd Aziz Othman daripada PSSGMK (baju kuning sebelah Cikgu Sham) telah meninggalkan kita pada hari ini, 1 Syawal. Semoga arwah diampuni Allah SWT ditempatkan di kalangan orang soleh. InsyaAllah.
Sama-sama kita ambil peluang untuk solat jenazah ghaib selaku antara hak arwah ke atas kita. Ingatlah bahawa mati itu pasti dan menjadi tazkirah buat yang hidup.
Nota: Gambar lawatan Kembara KSSG atas permintaan khusus Arwah Cikgu Aziz Othman mengenai beberapa isu Gayong pada tahun 2012.
Read the full story

,

MAKLUMAN

Saturday, May 23, 2020 0 comments


Cikgu/Ayah Mad anak sulong kepada Arwah Cikgu Junid Singapore telah meninggal dunia pagi ini. Beliau yg berbaju putih.
Antara lagenda Gayong yg pernah bertempur lawan 200 org di Singapore.
Salam takziah daripada kami keluarga Sendi Harimau Malaysia. Semoga dosa arwah diampuni Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yg soleh.
InsyaAllah kami ambil kesempatan untuk solat jenazah ghaib. Semoga kematian menjadi tazkirah/peringatan kepada kita semua.
Read the full story

SALAM TAKZIAH

Friday, May 08, 2020 0 comments


إِنَّا لِلّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ،
إنا لله وإنا إليه راجعون
Mendapat berita dukacitanya Tuan Guru Dato Ismail Kamus. Tuan Guru telah kembali ke-Rahmatullah harini pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 dalam usia 72 tahun. Perginya Di Hari Mulia (Jumaat) dan di Bulan Mulia (Ramadhan). Al-Fatehah..
للهم اغفر له وارحمه واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا والذنوب كما ينقى الثوب الابيض من الدنس اللهم أبدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله وزوجا خيرا من زوجه ومد له فى قبره مد البصر الله اسكنه فسيح جناتك وموتى المسلمين اجمعين آميييين
Sumber Haji Alwi Bin Kamus
Read the full story

SALAM TAKZIAH

Saturday, May 02, 2020 0 comments


Salam Takziah buat keluarga Gayong PASAK di Singapura dengan pemergian Allahyarham Cikgu Rahim bin Hussin pada jam 5.20 petang ini.
Kami daripada keluarga Sendi Harimau Malaysia mendoakan agar Arwah diampuni dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan bertakwa. Semoga Allah permudahkam urusan Arwah. InsyaAllah kita juga bakal menyusul.
Nota : Gambar Arwah semasa kembara PASAK ke gelanggang kami di Pusat Bandar Puchong.
Read the full story

SALAM TAKZIAH

Saturday, April 18, 2020 0 comments


Kami seluruh keluarga Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia mengucapkan salam Takziah buat keluarga Cikgu Ismail bin Mohd atas pemergian Arwah pada hari ini jam 1.50 petang di Hospital Putrajaya.
Kami mendoakan agar Arwah diampuni Allah SWT, diluaskan kuburnya dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh di syurga.
Arwah yang tinggal di Bandar Bukit Puchong merupakan pengasas Seni Buah Lian.
Al Fatihah..
Read the full story