, ,

Sedekad Pusaka Gayong Selangor

Tuesday, December 19, 2006 Leave a Comment


Alhamdullilah, segala pujian kepada yang berhak, Allah yang Maha Esa. Tahniah juga kepada anak-anak Gayong di bawah pimpinan Cikgu Rasip daripada PSSPGM Negeri Selangor atas kesungguhan melaksanakan majlis sambutan Sedekad Pusaka Gayong Selangor yang bertempat di Hotel Quality, Kuala Lumpur pada malam 16hb Disember 2006.

Turut memberi ucapan pada malam tersebut, Cikgu Rasip selaku Ketua Waris Beradat Negeri Selangor, Cikgu Awang bin Daud, Pengarah Majlis Gurulatih PSSPGM dan Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa selaku Gurutua PSSPGM.

Majlis juga turut dihadiri oleh wakil PSSPGM Kuala Lumpur iaitu Cikgu Khairuddin dan Cikgu Haji Mahyudin serta beberapa ahli lama yang lain. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sajak Gayong nukilan Arwah Datuk Mahaguru oleh Cikgu Azmi Saad serta montaj penyampaian mengenai Pusaka Gayong Selangor dalam masa sedekad.

Semoga kegigihan Cikgu Rasip dapat diwarisi oleh Anak Gayong yang mana sehingga kini masih aktif mengajar Seni Gayong.

1 comments »

  • kemuncup said:  

    nampak sorang je merahnyer yg lain semua cula hitam kaaa. Raminye pelapis kelab depa ni

  • Leave your response!