Cikgu Siti Kalsom Pulang ke Rahmatullah- Al Fatihah

Wednesday, February 07, 2007 Leave a Comment

Arwah semasa meneliti dan berbincang mengenai penerbitan buku Cikgu Sam



Sekitar pukul 4.30 semalam pihak kami dimaklumkan bahawa Cikgu Siti Kalsom telah meninggal dunia dan pihak kami terus memaklumkan kepada rakan yang lain termasuk makluman melalui internet dan website pihak (www.freewebs.com/pusakagayong). Sebelum itu, berita telah disahkan oleh Cikgu Sazali sendiri kepada Cikgu Hisham a.k.a shamsbangi. Terus dari itu telefon pihak kami tidak putus-putus menerima panggilan daripada anak Gayong seluruh Malaysia samada Pusaka Gayong mahupun Gayong Malaysia. PASAK juga menelefon pihak kami dan PASAK Singapura telah dimaklumkan berita tersebut. Pihak kami juga telah menghantar wakil ke Ayer Kuning dan pada pagi ini pihak kami termasuk Anak Gayong Pusaka telah berada di Ayer Kuning bagi penghormatan terakhir kepada Sayap Kiri Arwah Datuk Mahaguru itu.



Melalui perbualan pihak kami dengan Pakndak Majid pagi ini, nampaknya ramai yang turun ke Ayer Kuning pagi ini bagi turut serta memberikan penghormatan. Pihak kami tidak pasti samada usaha Cikgu Sazali semalam untuk berbincang dengan Imam Masjid Lama berjaya atau sebaliknya bagi mendapat tempat Arwah di tepi kubur Arwah Datuk Mahaguru.



Apapun, kita yang jauh menyedekahkan al Fatihah agar kita berdoa Arwah ditempatkan di tempat yang baik. Semoga ini juga menjadi peringatan kematian kepada kita juga. Selain itu, jasa Arwah juga patut diambil ikhtibar oleh Anak Gayong seperti kita agar pahala dalam mengembangkan ilmu ini diteruskan tanpa kenal penat dan jemu!

0 comments »

Leave your response!