18.02.2008- Lawatan Ke Gurun, Kedah
Sunday, February 18, 2007
Leave a Comment
Pendengar yang baik!
Sempena lawatan tersebut, hanya pihak kami daripada Puchong yang hadir tanpa kehadiran daripada gelanggang lain sebagaimana yang dirancangkan pada awalnya. Kehadiran kami seramai 5 orang di sambut oleh Pakndak Majid pada pagi tersebut.
Beberapa program terpaksa dibatalkan kerana atas beberapa sebab dan kesuntukan masa. Antara yang sempat kami lalui semasa di Gurun, Kedah antara lain;
1. Upacara Mandi Seni
4 orang pemegang bengkung Hijau tahun 2006 di perlimau seni kan oleh Pakndak Majid bagi membolehkan bermain senjata besi seperti keris, pisau, lembing dan apa jua senjata yang diperbuat daripada besi.
2. Kursus Ringkas Keris
Pemegang bengkung hijau yang hadir masih tidak diajar bermain keris oleh pihak kami tetapi memandangkan atas permintaan Pakndak Majid kepada Cikgu Jebat agar mereka diajarkan sedikit cara asas mengenai elak dan langkah keris.
Diajar cara mengelak, menikam serta menepis (cara baik)
3. Lawatan ke Rumah Paksu Awang bin Daud
Lawatan daripada petang ke malam itu memberikan masa yang panjang bagi berbual mengenai Gayong dan pengalaman lepas. Wak Hafiz kena kaki dekat dengan Paksu.
Selain daripada cerita, ada juga yang kena dari segi praktikal dengan kaki dan tangan Paksu Awang hari tu. Cerita-cerita lama pun perlu juga bagi menaikkan semangat mereka dalam mendidik anak melayu melalui silat.
4. Pembayaran Yuran Tahunan kepada Pakndak Majid
Menurut perbincangan pihak kami dan Cikgu Wan Halim Mamat (Setiausaha PSSPGM Kelantan) pada satu ketika dahulu, hal ehwal yuran tidak dipinda di dalam perlembagaan PSSPGM dan hak pusat sebanyak 25% terhadap yuran pendaftaran harus diserahkan kepada pihak Pusat. 25% adalah lebih kurang RM0.75 kalau tidak silap. Oleh yang sedemikian, pihak PSSPGM Kelantan memang selalu membayar hak yuran pusat sebanyak RM150-200 setahun.
Walaubagaimanapun, pihak kami bersetuju untuk membayar RM2.50 satu kepala dan pembayaran bagi 64 ahli telah dibuat pada 18.02.2006 dan jumlah pembayaran adalah sebanyak RM160.00 dan diserahkan kepada Pakndak Majid sebelum beredar daripada gelanggang pusat PSSPGM.
Bila menyebut soal hak yuran pusat ni, kami teringat apa yang disebut oleh Pakndak Majid bahawa hanya PSSPGM Kelantan dan Kedah sahaja yang membayar hak yuran tersebut. Pihak kami berharap suatu hari nanti satu hak yuran tetap dapat dibuat bagi membangunkan silat.
Yuran tersebut (daripada sudut pentadbiran) sebenarnya tidak perlu dibayar memandangkan Kelab memakai perlembagaan tersendiri kelab kerana ia berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan berdiri sendiri tanpa ada naungan dan bergabung dengan mana-mana pertubuhan / Kelab / Persatuan Silat Seni Gayong mana-mana. Dari sudut pentadbiran sahaja.
Kesemua pemegang bengkung hijau pulang ke Selangor. Manakala Cikgu Hisham pulang ke Kelantan pada malam itu kerana terpaksa hadir ke Gelanggang Panchor atas beberapa urusan di Kelantan.

Wak Hafiz & Joe tengah mandi (terpaksa di padamkan untuk kebaikan umum :))
0 comments »
Leave your response!