Demo Malaysia Hari Ini di TV3, Damansara Utama

Friday, March 20, 2009 Leave a Comment

Seperti yang dirancangkan, hari ini telah disempurnakan demo silat di TV3 atas jemputan khas Encik Azli selaku penerbit Malaysia Hari Ini.

Anak Gayong yang terlibat di dalam demo silat pada pagi ini telah dipilih daripada gelanggang Bandar Bukit Puchong (bertempat di Dewan Masyarakat Bandar Bukit Puchong) yang rata-rata hanya menerima latihan semenjak Februari 2009 yang lepas. Dengan persembahan dan suara pagi tadi, ramai tidak percaya mereka di latih hanya kurang daripada 2 bulan. Beberapa pesilat Peringkat ke-2 dan ke-3 daripada gelanggang Masjid As Salam juga turut serta.

Pihak kami telah memilih 21 orang pesilat kanak-kanak (atas permintaan TV3) yang telah berlatih pada ahad dan Rabu lepas bagi menyempurnakan demo pada pagi ini. Bagaimanapun 2 orang pesilat menarik diri pada saat akhir. Terdapatnya juga pesilat yang tidak hadir latihan tetapi hadir pagi tadi turut kami muatkan ke TV3 hari ini.

Kami bertolak seawal jam 6.50 pagi walaupun mengikut perancangan sepatutnya bertolak jam 6.30 pagi kerana bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tetapi rancangan Allah SWT lebih sempurna. Mungkin kerana 2-3 orang pesilat agak terlambat. Bagaimanapun, hari ini ramai pesilat dan keluarga mereka hadir berjemaah di Masjid As Salam dan Surau Bandar Bukit Puchong.

Kehadiran pesilat ke sana juga turut diiringi oleh penjaga dan ibubapa mereka yang turut hadir di perkarangan TV3 bagi memberikan sokongan bagi aktiviti di masa cuti sekolah ini. Kerjasama yang baik daripada para ibubapa amat kami hargai.

Demo selesai jam 8.15 pagi setelah mempersembahkan beberapa asas ringkas Silat Seni Gayong dan temuramah ekslusif bersama Cikgu Shams selaku Pengerusi Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya dan beberapa Anak Gayong yang turut serta dalam persembahan tersebut.

Setelah selesai menjamu selera di kafetaria Media Prima (Haslam Cafe), kami bertolak pulang ke Puchong.

Selesai persembahan tersebut, pihak gurulatih kami menerima banyak panggilan telefon daripada pihak rakan-rakan kami mengucapkan tahniah kerana berjaya menarik perhatian masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur serta para Media dalam mengembangkan Silat Seni Gayong memandangkan pihak kami bukan satu organisasi atau pertubuhan yang besar cuma sekadar kelab silat yang kecil tetapi mampu memberikan saingan yang amat luar biasa kepada pertubuhan dan Organisasi silat yang lain.

Tidak kurang juga pihak kami menerima banyak panggilan daripada ibubapa yang mana anak mereka tidak berminat atau tidak terpilih atau tidak dibenarkan oleh ibubapa untuk turut serta di dalam demo berkenaan yang mana rata-rata mereka merasakan pendedahan awal sedemikian memberikan perkembangan positif dalam memupuk minat kanak-kanak melayu dalam seni silat. Malah dengan penyertaan demo sedemikian memberikan kanak-kanak tersebut sebagai motivasi.

Terima kasih atas semua yang terlibat terutama gurulatih kami yang banyak berusaha dan melatih anak Gayong dalam demo hari ini. Malah mereka turut meluangkan masa dan wang dalam menjemput dan menghantar pesilat-pesilat pada hari ini termasuk terpaksa bangun awal untuk tujuan tersebut. Kredit khas untuk Abang Dir Hussin, Abang Rahman Sarawak dan Cikgu Kamaruzzaman.

Terima kasih.

0 comments »

Leave your response!