Surat Penghargaan Kepada Malaysia Hari Ini
Ruj. Kami :
Ruj Tuan :
Tarikh : 23.03.2009
Penerbit Malaysia Hari Ini (MHI) Dengan Faks (03-7722 2827) & Pos Sahaja
Jabatan Majalah , Dokumentari dan Famili
Tingkat Bawah, Sayap Utara
Sri Pentas TV3, No.3,
Persiaran Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
U/P: Encik Nor Azli Hj Hamzah
Tuan,
PER : DEMONTRASI SILAT SECARA LANGSUNG DI DALAM RANCANGAN MALAYSIA HARI INI ANJURAN TV3 (PELAJAR SEKOLAH SAHAJA)
TARIKH : 20.03.2009 TEMPAT: STUDIO TV3, BANDAR DAMANSARA UTAMA
MASA : 6.30 – 10.00 pagi DEMO : SIARAN LANGSUNG MALAYSIA HARI INI
______________________________________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk.
Pihak kami mewakili kesemua AJK Kelab Silat Seni Gayong dan para ibubapa pesilat yang mengambil bahagian dalam persembahan tempohari ingin mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa penghargaan atas pihak Tuan terutamanya bagi kesemua warga kerja Malaysia Hari Ini dalam memberikan kerjasama yang baik dalam demontrasi tempohari.
Pihak kami percaya pendedahan awal kepada kanak-kanak tempohari amat memberikan kesan baik kepada pembelajaran dan tanggapan awal mereka kepada seni silat amnya. Malah respon daripada pihak penjaga dan ibubapa juga amat positif dalam pelbagai program yang kami anjurkan termasuk dalam demontrasi tempohari.
Dengan ini sekali lagi pihak kami meluahkan rasa penghargaan kepad apihak Tuan dan sebarang kerjasama di masa hadapan amat kami nantikan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MOHD HISHAM BIN MOHD NAZIR
Pengerusi KSSG
Saya dengar ada RTM telefon Cikgu untuk Interview khas untuk senibeladiri betol ke/
Ada beberapa media tetapi yang confirm sahaja akan diwar-warkan bagi tujuan aktiviti. Selagi tidak pasti, kita anggap ia sebagai niat mereka sahaja..